Saya percaya, ramai yang “menunggu” Ali kembali ke tanahair dan rakyat Malaysia yang baik pastinya tidak sabar melihat budak muda ini mensia-siakan umur di penjara. Mungkin dia boleh menemani Anwar di penjara kelak? Wallahu’alam.
Thursday, December 11, 2014
Ali…Itu “Kad Pohon Suaka”, Bukan “Kad Suaka”, Faham?
9 Disember 2014 : Kecoh
di dada media mengenai Ali Abdul Jalil, seorang anak muda yang
melarikan diri dari pihak berkuasa setelah berdepan perbicaraan di
mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana menghina Raja-Raja Melayu,
khususnya Sultan Johor.
Mereka kecoh
kerana Ali mendakwa dia sudah mendapat “kad suaka politik” dari negara
Sweden, negara yang menjadi lokasi anak muda itu melarikan diri.
Rata-rata penyokong Ali gembira dan mengucapkan tahniah pada “ikon” anak
muda pro-Pakatan Haram itu.
Tidak
tahulah sama ada berpengetahuan luas atau tidak, namun status “kad suaka
politik” yang diberikan pihak berkuasa Sweden kepada Ali itu agak
meragukan pada pandangan saya.
Menurut sumber, tidak semudah itu untuk seseorang mendapat suaka politik dari sesebuah negara, termasuk Sweden.
Difahamkan bahawa prosedur membuat permohonan “suaka politik” di negara
itu agak ketat dan memerlukan masa bagi pihak berkuasa di Sweden
meneliti identiti pemohon yang cuba mendapatkan suaka politik di negara
tersebut.
Sumber menjelaskan bahawa
para pemohon kad suaka politik dari Kerajaan Sweden akan diberikan
sekeping resit permohonan dan dalam tempoh beberapa hari kemudian,
pemohon tersebut akan menerima sekeping kad yang dberi nama “LMA-Kort”
atau “kad pemohon suaka”.
Pemegang
kad berkenaan dibenarkan tinggal di Sweden sehingga pemohon menerima
jawapan dari pihak berkuasa berhubung status permohonannya. Dengan kad
berkenaan, pemohon tersebut diberikan diskaun sekiranya mahu mendapatkan
rawatan di pusat kesihatan di sana.
Perlu diingat bahawa kad pemohon suaka itu bukanlah “kad suaka politik”
yang disahkan. Ia masih lagi berstatus “permohonan secara rasmi”
meskipun rupa kad berkenaan mengandungi butiran identiti pemohon.
Merujuk pada kad yang dipamerkan dengan bangga oleh Ali itu, sumber
menjelaskan bahawa kad itu hanyalah “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”.
Jelas sekali “ikon” pro-Pakatan Haram itu belum memiliki suaka dari
Sweden!
Jadi, tidak perlulah gebang
besar lagi. Tidak perlulah sebut “undang-undang PBB” atau “Perjanjian
Dublin”. Kalau status kad pun gagal difahami, tidak perlulah cakap besar
dan berlaku angkuh. Allah SWT bukannya suka pada hambaNya yang angkuh
pun…
Saya tidak tahu siapa yang beritahu Ali kononnya dia sudah mendapat suaka politik dari Sweden dengan hanya memiliki LMA-Kort.
Mungkin juga beberapa aktivis pelampau Pakatan Haram yang lebih
“senior” dan berpengalaman luas pernah melarikan diri ke luar negara
yang memberitahu “junior” mereka itu. Isham Rais? Raja Petra?
Justeru
itu, sekiranya maklumat sumber berkenaan mengenai prosedur dan kad
suaka negara Sweden itu benar, maka jelaslah Ali masih lagi belum
“selamat” sepenuhnya dari diheret kembali ke Malaysia untuk dihadap ke
muka pengadilan.
Saya percaya, ramai yang “menunggu” Ali kembali ke tanahair dan rakyat Malaysia yang baik pastinya tidak sabar melihat budak muda ini mensia-siakan umur di penjara. Mungkin dia boleh menemani Anwar di penjara kelak? Wallahu’alam.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment