Monday, December 01, 2014

Minyak Turun: Mana Gegak Gempita Puji Kerajaan?

1 Disember 2014 : SETELAH kerajaan umum harga minyak akan turun RM 0.04 sen kepada RM 2.26/liter, penulis menanti gegak gempita pembangkang memuji kerajaan atas keputusan tersebut.

Memang RM 0.04 sen tak banyak, tapi bukan orang isi minyak 1 liter sebaliknya berliter-liter. Lagipun ada pepatah kata, jimat tetap jimat walaupun 1 sen, apatah lagi 4 sen.

Pun begitu percayalah, atas faktor politik, pembangkang tidak akan sentuh isu itupun, apatah lagi nak puji. Sebabnya, bukanlah wujud pembangkang ini kerana nak lihat kerajaan BN jadi baik taoi kerana mereka tu nak jadi kerajaan.

Mudah macam itu.

Bukan dalam isu minyak ini saja tapi dalam apa-apa isu pun. Kerajaan buat semuanya tak nampak baik di mata mereka sebab isunya disini ialah politik, bukan apa yang lain dari itu.
Selain isu politik, rakyat juga perlu ambil maklum dari penurunan ini untuk melihat apa dia barang dan perkhidmatan yang turun harga. Kalau minyak naik, cepat bantah sebab kononnya ia menyebabkan kenaikan harga barang, tapi bila turun, kenapa perbandingan itu tidak ada?

Penulis katakan, harga minyak bukan penentu turun naik harga barang sebab itu bila minyak turun, tidak ada harga barang yang turun, begitu juga bila minyak naik, sebetulnya tak ada juga barang yang naik melainkan peniaga yang nak ambil kesempatan.

Yang kecoh-kecoh tu hanya pembangkang, sebab, politik. Itu sahaja. Janganlah hendaknya kita terus dibodoh-bodohkan oleh pembangkang ini. Puak-puak itu dah rosak akalnya, tak tahu beza apa yang baik apa yang tidak.

Dieptik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment