Thursday, December 11, 2014
MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini
20 Oktober 2014 : Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog
mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi
mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa
para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong
kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.
Tidak ada sebab yang
munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada program pegang
dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak menafikan
kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu itu.
Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini.
Yang
menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan
stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina
majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci
anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai
binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak
menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.
Kami
juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya
melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan
anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan
kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing
sesuka hati.
Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau
kerana takut dibaham atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk.
Kami juga tidak memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan
bermakna kami membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.
Kempen
ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia
seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera
anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing
bagi mengubah tabiat buruk orang Islam.
Hakikatnya, anjing lebih
banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam terutamanya kaum Cina
kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita hampir tidak
pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing sama
ada secara fizikal atau mental.
Justeru apakah tujuan kempen ini?
Alasan
kempen ini kononnya untuk mendidik orang Islam megenai cara menyayangi
anjing sebagai binatang ciptaan Allah adalah alasan dangkal yang
diterima bulat-bulat oleh pentadbir MAIS.
Kempen ini bukan mahu
memberitahu orang Islam mengenai anjing, tetapi lebih kepada mahu
meruntuhkan sempadan moral orang Islam di negara ini.
Satu demi
satu sempadan moral dan akal orang Islam di negara ini diruntuhkan
seperti mana mereka mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam
bible bahasa Melayu, dan menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin
nombor satu (lihat penyertaan Melayu bertudung dalam DAP) dan kebebasan
menukar agama Islam kepada agama lain sesuka hati adalah hak asasi.
Apabila
menonton sandiwara “I want to touch a dog” semalam, ia menunjukkan
betapa mudahnya Melayu Islam di negara ini, termasuk ustaz-ustaz di
Mais, dimanpulasi dan ditipu oleh orang lain semata-mata kerana mahu
menunjukkan Islam itu agama yang “cool”.
Berselindung di sebalik
slogan “Islam itu mudah”, “Islam itu sayang semua binatang”, “semua
binatang itu ciptaan Allah”, kumpulan ini berjaya meruntuhkan satu lagi
sempadan moral orang Islam di negara ini.
Kejayaan mereka
menjadikan sebahagian orang bertudung seumpama zombie dan memeluk anjing
secara terbuka untuk diambil gambar oleh kaum Cina wajar diberi tabik
hormat. Di Selangor hari ini lebih mudah memegang dan memeluk anjing
dari berpoligami. Itulah makna Islam di Malaysia hari ini.
Jika
benar MAIS merestui program ini, maka MAIS hari ini pilihlah sama ada
mahu menjadi “anjing tiada bercawat ekor” (sesuatu yang hina dan tiada
berguna) atau membuang diri menjadi seperti “anjing bercawat ekor”
(Pergi atau menghindar kerana malu dan terhina).
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment