Tuesday, December 02, 2014
Minyak Turun: Mana Gegak Gempita Puji Kerajaan?
1 Disember 2014 : SETELAH kerajaan umum harga minyak akan turun RM
0.04 sen kepada RM 2.26/liter, penulis menanti gegak gempita pembangkang
memuji kerajaan atas keputusan tersebut.
Memang RM 0.04 sen tak banyak, tapi bukan orang isi minyak 1 liter
sebaliknya berliter-liter. Lagipun ada pepatah kata, jimat tetap jimat
walaupun 1 sen, apatah lagi 4 sen.
Pun begitu percayalah, atas faktor politik, pembangkang tidak akan
sentuh isu itupun, apatah lagi nak puji. Sebabnya, bukanlah wujud
pembangkang ini kerana nak lihat kerajaan BN jadi baik taoi kerana
mereka tu nak jadi kerajaan.
Mudah macam itu.
Bukan dalam isu minyak ini saja tapi dalam apa-apa isu pun. Kerajaan
buat semuanya tak nampak baik di mata mereka sebab isunya disini ialah
politik, bukan apa yang lain dari itu.
Selain isu politik, rakyat juga perlu ambil maklum dari penurunan ini
untuk melihat apa dia barang dan perkhidmatan yang turun harga. Kalau
minyak naik, cepat bantah sebab kononnya ia menyebabkan kenaikan harga
barang, tapi bila turun, kenapa perbandingan itu tidak ada?
Penulis katakan, harga minyak bukan penentu turun naik harga barang
sebab itu bila minyak turun, tidak ada harga barang yang turun, begitu
juga bila minyak naik, sebetulnya tak ada juga barang yang naik
melainkan peniaga yang nak ambil kesempatan.
Yang kecoh-kecoh tu hanya pembangkang, sebab, politik. Itu sahaja.
Janganlah hendaknya kita terus dibodoh-bodohkan oleh pembangkang ini.
Puak-puak itu dah rosak akalnya, tak tahu beza apa yang baik apa yang
tidak.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment