Laporan itu katanya, dibuat berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Monday, December 01, 2014
Jabatan Imigresen catat indeks rasuah tertinggi
2 Disember 2014 : Jabatan Imigresen menca-tatkan indeks rasuah
tertinggi dalam kalangan agensi pengu-atkuasaan di negara ini mengikut
laporan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
laporan tersebut sekali gus mero-sakkan imej dan menimbulkan per-sepsi
negatif masyarakat terhadap jabatan itu walaupun terdapat 10 agensi lain
yang turut dipantau oleh SPRM.
Laporan itu katanya, dibuat berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Sehubungan itu saya menggesa Jabatan Imigresen membersihkan imej
mereka termasuk mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana kakitangan
yang terlibat menerima rasuah.
“Saya juga mahu Jabatan Imig-resen melakukan pemantauan de-ngan lebih
efisien untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menjadi dalang,”
katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen
2014, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian
Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen,
Datuk Mustafa Ibrahim dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri
Aseh Che Mat.
Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini kementeriannya pernah mencadangkan
agar hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap ejen yang membawa PATI
kerana hukuman denda tidak berkesan bagi mengatasi masalah kebanjiran
golongan itu di negara ini.
“Sekarang saya juga ingin mencadangkan agar hukuman sebat turut
dikenakan kepada mana-mana kakitangan Jabatan Imigresen yang didapati
bersalah menerima rasuah, hal ini kerana hukuman sebat mandatori
terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini,”
katanya.
Mengulas mengenai penguatkuasaan Jabatan Imigresen dalam menggempur
PATI, Zahid berkata, jabatan itu akan terus melaksanakan tugas yang
telah diamanahkan dan operasi tersebut tidak hanya tertumpu di Cameron
Highlands.
“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi kawasan panas dalam
usaha menggempur PATI, ingin saya tegaskan bahawa kita bukan menggempur
PATI sahaja tetapi akan melihat pelbagai kesalahan lain yang dilakukan
oleh warga asing.
“Sebelum pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing
Tanpa Izin (Program 6P) nisbah PATI ialah 10 sah dan 30 tidak sah,
sekarang nisbahnya telah berubah iaitu 30 sah dan 10 tidak sah, ini
membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu katanya, seba-nyak 162 negara telah mengiktiraf
kemasukan melalui pasport Malaysia tanpa memerlukan visa dan ketika ini
kementerian sedang me-lakukan rundingan bersama Amerika Syarikat (AS)
untuk tujuan sama.
“Malaysia telah dipertimbangkan untuk menyertai Program Pengecualian
Visa (VWP) AS yang akan membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan
ke negara itu tanpa visa selama 90 hari atau kurang.
“Perlu diingat, pengiktirafan ini telah menyebabkan pasport kita
telah menjadi pilihan utama penjenayah, oleh itu segala persediaan perlu
berada pada tahap tertinggi bagi memastikan pasport kita tidak mudah
dieksploitasi mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Ahmad Zahid melancarkan buku Pas
Sempadan bagi menggantikan pas sempadan yang dikeluarkan kepada rakyat
Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi setahun di Kedah,
Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.
Sebelum ini, bagi tujuan keluar masuk sempadan Malaysia dan Thailand,
pas sempadan yang digunapakai adalah dokumen cetakan biasa bersaiz A4
dengan bayaran RM10 dan tempoh sah selama setahun.
Dipetik daripada : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment