Thursday, December 11, 2014

PAS parti cakap tak serupa bikin kata DAP

11 Disember 2014 : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menuduh golongan ulama sebagai punca krisis dalam gerakan Islam hanyalah satu perangkap musuh.

Beliau berkata, isu dan krisis sebenar ialah kekentalan ahli gerakan Islam itu sendiri untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas petunjuk agama.

“Politik Islam perlukan disiplin agama sebagaimana ia perlukan keterbukaan agama juga.

“Ia perlukan kefahaman al-Quran dan al-Sunnah yang tinggi. Justeru mengapa para ulama pula yang dianggap jahil perjuangan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, kepemimpinan golongan ulama dalam Pas me­rupakan institusi kolektif yang memiliki ilmu untuk memimpin parti dan masyarakat.

Beliau berkata, atas sebab itu, menjadi satu kewajipan bagi semua pihak untuk menegakkan kepemim­pinan golongan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan terdapat parti ‘cakap tak serupa bikin’ dalam pakatan pem­bangkang yang bukan sahaja tidak menunaikan janji, malah tidak menunjukkan ko­mitmen ke­pada pakatan ber­kenaan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng ti­dak menyebut na­ma parti tersebut, namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber Utusan.

No comments:

Post a Comment