Thursday, December 11, 2014

Seorang lagi pengebom berani mati IS Dari Malaysia dikenal pasti – PM

PUTRAJAYA 8 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan terdapat seorang lagi pengebom berani mati militan Negara Islam (IS) yang dipercayai rakyat Malaysia telah dikenal pasti.

Menurut beliau, pengebom berani mati yang menyebabkan 50 orang terbunuh itu telah menggunakan nama samaran, tetapi dia dipercayai sebagai orang Malaysia.

Najib berkata, individu tersebut dipercayai merupakan pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang telah dikenal pasti.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

ahmad-affendi-IS 
8 Disember 2014 : Sementara petang tadi Polis mendedahkan identiti pengembom berani mati yang disebut oleh Perdana Menteri pagi tadi sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27.

Beliau dipercayai memandu trak yang penuh dengan bom ke dalam Infra Ketenteraan di Hons, Syria dan membunuh 50 orang askar Syria yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad.

Ahamd Afendi dipercayai pergi ke Syria sejak 23 April lalu untuk menyertai IS.

Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman, Senior Asst Comm Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

“Menurut maklumat inteligen yang kami perolehi, beliau disahkan meninggal ketika serangan tersebut pada 8 atau 9 November lalu.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment