Thursday, December 04, 2014

#MAS: Kertas Kerja Jentayu Semuanya Ringkas Dan “Rahsia”? Yakinkah Kita?




MAS template
4 Disember 2014 : Baru-baru ini Pengarah Urusan Jentayu Danaraksa, Feriz Omar, mendedahkan di laman Facebooknya mengenai pertemuan Pengerusi syarikat swasta itu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dengan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Menurutnya, pertemuan itu adalah berkaitan kertas kerja yang dicadangkan syarikat swasta itu untuk bekerjasama dengan Khazanah bagi melengkapkan 12 langkah pelan pemulihan MAS.

Agak mengejutkan apabila Tan Sri Aziz yang sebelum ini mendakwa 12 langkah Khazanah itu sebagai “sampah”, tiba-tiba datang meminta untuk bekerjasama menjayakan 12 langkah pelan “sampah” itu, bukan?

Tidak mengapalah. Kita anggap saja 12 langkah itu bertukar dari “sampah” kepada “emas pertama”. Boleh?

Feriz memberitahu “pertemuan tertutup” itu adalah berkisar tentang kertas cadangan dari Jentayu yang ringkas sahaja, TANPA menyatakan secara terperinci cadangan-cadangan yang dikatakan “bagus-bagus belaka” itu.

Jika cadangan mereka dipersetuju untuk diterima Khazanah, maka barulah syarikat yang baru berusia tidak sampai setahun jagung itu akan berbincang mengenai pelan mereka secara terperinci.

FO no details
Hebat atau tidak? Kita hanya perlu ceritakan yang manis-manis dan menabur “janji-janji manis” sahaja pada Khazanah dan GLC itu perlu menerima bulat-bulat “ringkasan cadangan” itu TANPA mengetahui pelan sebenar yang lebih terperinci. Senang betul buat bisnes zaman sekarang ni, kan?

Nama pun “ringkas”, jadi bagaimana Khazanah mahu pertimbangkan cadangan yang “ringkas”? Melobi sakan mahu ambil alih cuma aset-aset yang menguntungkan, tapi kita tidak nampak di mana ini “ringkasan” itu boleh menolong MAS.

Agak-agaklah sedikit. Ini bukan cerita mahu pulihkan gerai burger atau putu mayam. Ini bukan cerita RM10,000 ke bawah. Isu ini melibatkan lebih sembilan angka, berbilion ringgit dilabur duit rakyat di dalamnya. Takkanlah cukup hanya beri taklimat ringkas sahaja?

Feriz perlu ingat kembali bahawa dia sedang bermain api apabila berjanji menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan dan ia akan melibatkan emosi kemarahan ramai jika pelan “bagus” itu tiba-tiba bertukar menjadi kes “kepala lembu” dulu…

Kes “kepala lembu” dulu bolehlah larikan diri kerana hanya melibatkan belasan orang. Kes ini melibatkan 6,000 kakitangan MAS dan mampukah Feriz hadapi ribuan kakitangan yang marah bila janji yang ditabur tiba-tiba “dicapati”?

Jika hanya dengan sedikit pelan ringkas dan menjanjikan harapan “bulan dan bintang” sahaja dapat “membeli jiwa” MASEU dan NUFAM, tidak hairanlah ketua-ketua kesatuan itu “goyang”? Mulanya sokong penuh 12 langkah Khazanah, kena usik sikit sudah beralih arah?

Peliknya, Khazanah digesa untuk bentangkan perancangan 6,000 pekerja MAS tetapi mudah benar mereka terpengaruh dengan Jentayu, kan? Hanya perlu bermodalkan taklimat ringkas dan janji “bulan bintang” sudah memadai untuk membeli sokongan mereka. Ingatkan ketua-ketua MASEU semua cerdik-cerdik belaka…

Rasanya Khazanah tidak perlu melayan sangat kehendak mana-mana pihak yang cuba melengah-lengah dan tidak serius dalam membantu pelan-pelan pemulihan yang telah dipersetuju di semua peringkat. Buang masa saja.

Sebelum ini, berani tulis di Facebook, cadangan alternatif Jentayu melebihi 200 muka surat. Tapi kenapa tidak dibentang terus? Barulah mudah Khazanah menilai. Tapi tiba-tiba pula Feriz dikatakan telah memadam kenyataannya sendiri dalam Facebook. Mujur sempat di”print screen”, kan?
Feriz 200 ms
Sewajarnya Khazanah memberi fokus melaksanakan 12 langkah yang telah dirancang itu tanpa gangguan pihak luar yang tidak punya kredibiliti itu.

Lagipun, syarikat swasta berkenaan seolah “sombong”, enggan mendedah modal yang mereka ada. Entah ada modal, entah tiada. Bila ditanya, mereka jawab “rahsia”. Siapa nak percaya? Anda mahu percaya?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment