Thursday, December 04, 2014

Anwar Gembira Gelaran Datuk Seri Ditarik Balik?

4 Disember 2014 : Tuanku Sultan Sekangor mengumumkan penarikan balik pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran Dato Seri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai 3 November 2014 kerana berkelakuan biadap semasa krisis Menteri Besar Selangor.

Namun Anwar masih memakai gelaran Datuk Seri kerana beliau juga ada menerima pingat-pingat kebesaran negeri lain dan dari Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran yang sama.

IMG-20141204-WA0038
 
Di sebalik penarikan ini, ia sebenarnya merupakan satu keuntungan politik kepada Anwar. Ia juga tidak bagus untuk kepentingan politik UMNO dan kerajaan.

Dalam keadaan Anwar berhadapan tindakan undang-undang (keputusan Mahkamah Persekutuan), perkara-perkara menarik simpati ini sangat digemari oleh Anwar.

Akan wujud sentimen “anwar akan dianiaya, tidak cukup lagikah penindasan ke atas Anwar, ini semua agenda UMNO hendak mempengaruhi keputusan mahkamah” dan sebagainya.
Anwar sangat gembira jika semua pingat beliau ditarik balik kerana beliau mahu dikenali semula sebagai saudara Anwar Ibrahim. 

Beliau memerlukan gerakan bernafas sosialis dalam kelangsungan kerjaya politik beliau. Inilah yang beliau gunakan sejak zaman 70-an.

Namun dalam masa yang sama beliau tidak boleh memberi balik semua pingat-pingat ini kerana akan dianggap derhaka kepada raja sekaligus menyebabkan hilang kepercayaan Melayu terhadapnya.

Sungguhpun demikian, hak pemberian dan penarikan pingat bukan hal politik. Ia adalah hak Istana. 

Kita harus menghormati keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor yang tentu murka dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim semasa krisis Menteri Besar Selangor.

Tuanku bukanlah pemain politik. Keputusan baginda berlandaskan kepentingan dan integriti institusi kesultanan Selangor. 

Tindakan biadap dan kurang ajar Anwar Ibrahim sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor sudah tidak dapat diterima baginda.

DAULAT TUANKU

IMG-20141204-WA0035

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment