Wednesday, December 03, 2014

Laporan RCI: Dendam Jeffrey Kitingan Ke Atas Tun Mahathir Belum Berakhir

general jeffrey kitingan

3 Disember 2014 : Dendam politik Datuk Jeffrey Kitingan ke atas Tun Dr Mahathir masih tidak berkesudahan berdasarkan kenyataan beliau bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di negeri itu yang dibentangkan hari ini bertujuan menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, Presiden Star itu dilaporkan berkata “Penduduk Sabah tidak gembira dengannya.” 

Hakikat bahawa laporan tersebut dianggotai ketuai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong tidak memberi apa-apa makna kepada Jeffrey selagi Tun Mahathir tidak dipersalahkan. 

Dendam ke atas Perdana Menteri Keempat Malaysia ini tidak dapat dielakkan kerana Jeffrey pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh terbabit dalam usaha memisahkan Sabah dari Persekutuan Malaysia.

Jeffrey juga pernah didakwa di Mahkamah atas tuduh rasuah membabitkan kawasan pembalakan semasa menjadi PengarahSehingga kini Jeffrey masih mempunyai ketidakpuasan hati terhadap Tun Mahathir dan UMNO.

Malangnya sepanjang pendengaran Suruhanjaya tersebut selama 9 bulan, tiada satu bukti yang sahih pun dikemukakan oleh Jeffrey bagi membuktikan pembabitan Tun Mahathir mahu pun kerajaan Persekutuan secara langsung atau tidak langsung dalam pemberian kad pengenalan biru dan warganegara ini.

Ketika Jeffrey menyatakan kandungan laporan itu mengecewakan dan tiada isi walaupun mengambil masa lama untuk mendedahkan laporan dan cadangannya.

Laporan tersebut sebenarnya sangat telus dan terbuka mendengar pandangan semua pihak termasuk daripada Jeffrey sendiri. Malangnya, beliau tidak membawa sebarang bukti dan apa-apa saksi yang boleh mengesahkan kewujudan projek Mahathir bagi memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing secara besar-besaran.

Bukan sahaja Jeffrey tiada saksi, malah angka yang ada menunjukkan hanya sebanyak 68, 703 orang pendatang asing mendapat kewarganegaraan di Sabah. Ini sangat jauh daripada dakwaan Jeffrey dan kumpulan beliau sebanyak 1 juta orang.

Malahan Suruhanjaya juga mendapati sejak tahun 1990 sehingga sekarang terdapat hampir 500 ribu orang pendatang tanpa izin telah dihantar pulang.

Yang ada hanyalah penemuan suruhanjaya bahawa terdapat pemilikan kad pengenalan biru yang tidak sah di Sabah. Bukti ini mengesahkan bahawa pemilikan kad pengenalan biru ini dibuat oleh sindiket bagi mencari keuntungan.

Jika ia merupakan agenda Tun Mahathir memberi kerakyatan tentulah beliau akan memberi kewarganegaraan yang sah, bukannya kad pengenalan biru yang palsu dan tiada hak kewarganegaraan.

Jeffery sendiri dalam kenyataan kepada Suruhanjaya hanya bersandarkan pemerhatian, dengar cakap beliau daripada orang yang telah didapati bersalah menjual kad pengenalan biru palsu ini, dan tidak mustahil ada perkara-perkara yang direka-reka bagi mengukuhkan pandangan politiknya.

Dengan kata lain tiada saksi yang berwibawa atau bukti yang nyata dibawa oleh Jeffrey untuk membuktikan tuduhan beliau.
In 1990, when I reported my lost IC, I had my first encounter with the so called
“Project IC”. A registration officer invited me to his room and said:
“I am very sad. I am a Muslim but I am also a Sabahan and I feel very sad because this is happening in my Country…(then he showed me a bundle of documents, a bounded list of ICs given to foreigners (illegal immigrants). A half an inch thick document, which he later passed to me. The document contains a list of foreigners given blue ICs, up to 60,000 in that documents. He said:
“This is only a small part. There are more work in progress coming from our HQ….”
“Some of my colleagues have been arrested under ISA after having been used to processed these documents” he said. “that’s why I am very sad”.
The list of names were for those whose ICs have been processed to enable foreigners to vote in the 1990 election. I then gave this document to the PBS President.
This is my point to show that the Government has not only failed to safeguard the sovereignty of our nation but is an active participant in breaking the laws of our own country.
Why?
Because certain quarters have certain political agenda I think the agenda is nothing more than the Agenda to take political control of Sabah to Malaynized and Colonized it!
How?
By issuing IDs to foreigners and illegal immigrants and naming their race as “Malays” and their religion as “Islam”.
Otherwise why would Mahathir be involved as stated by certain witnesses? Or why would the officers of the NRD be involved and why would Harris defend the actions of the Federal Government in his Biography book?
I also had the opportunity of meeting fellow detainees in Kamunting in 1991-1994 (many of whom were detained for various immigration and ID related cases. Most of them were Government officers and they too related the same story of a certain Minister’s involvement.

Malahan kenyataan penuh Jeffrey kepada Suruhanjaya lebih kepada kepentingan politik partinya yang berteraskan kenegerian jumud dan tidak langsung membantu pihak Suruhanjaya mendapat maklumat yang benar dan tepat seperti dalam skop kerja mereka.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment