Monday, December 01, 2014

Mahasiswa UKM Pro-PAS Kecewa Menang Sikit, Letak "Jenazah" TNC HEP


pocong

21 November 2014 - Keputusan Pilihan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyaksikan kumpulan GMUKM hanya menang dengan majoriti 1 kerusi menimbulkan kemarahan kumpulan tersebut.

GMUKM hanya menang 15 kerusi manakala lawan mereka Aspirasi menang 14 kerusi menyebabkan berlaku beberapa peristiwa biadap termasuk meletak patung berupa jenazah Timbalan Naib Canselor hal Ehwal Pelajar UKM di hadapan pintu masuk Canselori UKM. 

Tindakan ini bukan sahaja merupakan perbuatan biadap malah menunjukkan kumpulan ini langsung tidak menghormati demokrasi. 

Seorang pensyarah UKM, Anuar Ahmad, menulis dalam Facebook beliau,
Kerana marah hilang begitu banyak kerusi dalam PRK (GMUKM 15, ASPIRASI 14), pimpinan GMUKM letakkan “jenazah” TNCHEPA UKM di depan pintu masuk bangunan canselori tengah malam semalam. Mereka langsung tidak menghormati demokrasi walaupun telah menang tipis. Bayangkan kalau mereka kalah!! Hancur UKM..

Masyarakat mahasiswa di UKM harus kembali merenung budaya mahasiswakah ini? Tidak malukah anda sebagai mahasiswa, punya pemimpin begini?

Mampukah pemimpin mahasiswa sebegini membawa anda di UKM melangkah ke hadapan? Berhadapan majikan dan pasaran kerja yang semakin mencabar?

Disaat warga UKM berkerja kuat menaikkan nama UKM, mereka bersungguh sungguh meruntuhkan…

Apakah majikan yang mereka marah pun nanti akan dikapankan? Aneh minda mahasiswa ini…

Saya yakin idea kain kafan ini dari luar UKM. Dari mereka yang sebenarnya bencikan kejayaan UKM. Mereka bencikan UKM yang berjaya menjana jatidiri Melayu-Islam dan nilai sayangkan negara.

Tujuan mereka jelas untuk memburukan nama baik UKM. Mahasiswa yang letakkan kain kapan itu sekadar kuda tunggang sahaja. Mereka ada akal . Tetapi tidak dapat membuat keputusan. Mereka beremosi.

Mereka terlupa bahawa selain Allah swt melihat jelas perbuatan jijik mereka, sistem CCTV infrared 360″ di bangunan Canselori juga jelas merakamkan wajah wajah mereka…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment