Friday, March 18, 2016
24 Jam Berpolitik..... Selangor Utamakan Kempen Bebas Anwar, Berbanding Perangi Denggi
KUALA LUMPUR : Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan
tindakan kerajaan negeri Selangor yang lebih mengutamakan kempen
membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding kempen memerangi denggi
yang menjadi masalah dan ancaman utama kepada rakyat negeri itu.
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata kerajaan negeri lebih
banyak memasang papan tanda kempen membebaskan bekas ketua pembangkang
itu berbanding papan tanda memerangi denggi.
"Mengapa di negeri Selangor, papan-papan tanda bebaskan Anwar Ibrahim
begitu banyak sekali, nak dibandingkan dengan papan tanda perangi
denggi, lebih banyak papan tanda bebas Anwar.
Sedangkan di Selangor masalah denggi cukup penting. Pada tahun 2014
mencatatkan 77 kematian, tahun lalu 177 kematian manakala setakat Mac
tahun ini 17 kematian," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih
titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Khamis.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM12 juta
kepada kerajaan Selangor sejak 2013 hingga Mac tahun ini sedangkan
kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM2 juta untuk kempen memerangi
denggi.
Dalam pada itu, Noh berkata kerajaan Persekutuan melalui Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMK-11) juga telah meluluskan 289 projek bernilai
RM18.37 bilion di Selangor.
Menurutnya pemimpin Selangor seharusnya berterima kasih kepada kerajaan
pusat yang telah banyak membantu negeri itu selain menikmati kemudahan
prasarana yang disediakan kerajaan BN ketika memerintah negeri itu
sebelum ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment