Friday, March 18, 2016
Ini Sudah Over Melampau… !!!
Memang ramai yang sakit mata.Istilah ‘meliwat’ sendiri sudah amat jijik
apa lagi ada billboard yang terpampang di sana sini di Selangor dan
Pulau Pinang,dua negeri yang dikuasai Pakatan mendewakan dan nak bela
seorang yang sah didapati bersalah oleh mahkamah meliwat orang.
Nak main politik ada hadnya.Ini sudah over melampau mencabar dan menghina keluhuran undang-undang negara.
Nampaknya Pakatan peduli apa.
Dengar cerita ramai orang yang merungut-rungut dan tahan sabar melihat
gelagat Pakatan kebelakangan ini pasang billboard ‘Bebaskan Anwar’ di
tempat-tempat tumpuan ramai .
Semua orang tahu ini tidak lebih dari usaha untuk ‘sucikan’ pembesar
mereka yang bersalah melakukan perbuatan amat keji di sisi agama meliwat
pembantunya,Saiful Bukhari Azlan.
Mereka mengharapkan untuk mencuri simpati orangramai menerusi ‘ perang persepsi’ dengan mendakwa Anwar seorang tahanan politik.
Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan
hukuman lima tahun penjara keatas penasihat PKR dan orang nombor satu
Pakatan ini bukan satu keputusan yang dibuat di kedai kopi.
Sebaliknya ia keputusan yang dibuat oleh penal lima hakim yang masing-masing cukup berpengalaman bersandarkan bukti kes .
Petang Rabu satu gabungan NGO di Selangor yang diketuai oleh Datuk Jamal
Md Yunus telah bertindak untuk ‘ menjelaskan’ perbuatan Anwar di
billboard yang terpampang di tepi jalan besar Ampang sebelah komplek
membeli belah Ampang Point.
Disertai 80 orang penyokongnya,Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu
memasang kain rentang sepanjang dua meter pada billboard itu yang
bertulis : “Anwar Ibrahim adalah pesalah peliwat yang telah dijatuhkan
hukuman.Maksud peliwat adalah: Anwar Ibrahim memasukkan batang zakarnya
ke dalam lubang dubur lelaki secara paksa.”
Kata Jamal langkah merupakan satu amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor
agar tidak menyalahgunakan kuasa menghasut rakyat sekaligus menghina
keputusan mahkamah.
Beliau juga memberi amaran kepada pihak berkuasa di negeri itu agar menurunkan billboard itu dengan segera.
Apakah betul cara Jamal itu?
Ada pihak yang mempertikaikan mana boleh Jamal bertindak pakai undang-undang sendiri.
Namun ada juga yang bertanya sampai bila dan siapa yang bertindak pada
perbuatan memasang billboard yang terang-terang menghina undang-undang
dan mahkamah.
Ini bukan perkara baru sehari dua tetapi sudah lebih sebulan sejak Pakatan lancar kempen itu.
Berapa lama lagi nak diam dan biarkan semua orang menatap wajah seorang peliwat yang cuba diputar jadi seorang hero.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment