Wednesday, March 23, 2016
Anda Percayakah Pembangkang Bebas RASUAH 100%...???
PETALING JAYA : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu membuktikan
agenda anti-rasuah dan ketelusan dilaungkan oleh Pakatan Harapan (PH)
dengan memberi kebenaran kepada pihak berkuasa menyiasat pembelian
banglo dua tingkat berharga RM2.8 juta yang membabitkan beliau.
Aktivis politik Hishamuddin Rais, menegaskan tindakan itu selari dengan
janji-janji yang pernah diberikan kepada rakyat sekiranya ada pemimpin
pembangkang yang terbabit menyalahgunakan kuasa.
"Pada ketika ini memang kerana dia dalam parti pembangkang, (pemimpin)
DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang maka berita ini besar, meluas
(yang memerlukan) siasatan dijalankan.
"Ini untuk membuktikan kepada warga Malaysia bahawasanya
tuntutan-tuntutan yang selalu dituntut dulu (oleh) Pakatan Rakyat supaya
membanteras rasuah. Jadi ia harus dibuktikan," ujarnya kepada
Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pembelian rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang yang berharga RM2.8 juta.
Untuk rekod, harga pasaran banglo tersebut menjangkau RM6 juta hingga RM 6.5 juta.
Hishamuddin berkata, Setiausaha Agung DAP itu perlu mengemukakan bukti
yang cukup dalam memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menjalankan siasatan.
Katanya, langkah ini akan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap Guan Eng selari dengan prinsip yang diuar-uarkan sebelum ini.
"Apa yang diminta oleh SPRM fakta, resit, dokumen harus diberikan secara terbuka dan rela hati.
"Jika tidak rela hati, itu akan membuatkan orang terus ada syak wasangka.
"(Apa) yang dilahirkan sekarang ini ialah persepsi orang ramai. Jadi
untuk memadamkan persepsi itu kita haruslah lakukan pembersihan dan ini
dapat dilakukan apabila SPRM menyiasat," katanya.
Terdahulu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, meminta
SPRM menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di
Jalan Pinhorn, Georgetown yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih
rendah berbanding harga pasaran.
Shabudin dilaporkan berkata, rumah berkenaan dibeli daripada Phang Li
Koon, seorang pemegang saham dalam syarikat Windbond Management &
Consultant Sdn Bhd dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment