Monday, March 21, 2016

Apa Yang ‘SPECIAL’ Sangat Dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari beriya-iya sangat mahu ‘menyekolahkan’ Kerajaan Persekutuan… Siap suruh mencontohi dan mengikut jejak langkah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Hairan, apa yang istimewa sangat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga dibangga-banggakan sangat tu??

Anak didik DAP ini bangga sangat dengan kerajaan negeri yang diperintah di bawah partinya itu kerana mengikut perangkaan oleh Kementerian Kewangan, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang memiliki hutang paling sedikit dengan Kerajaan Persekutuan. Sebab itu la Zairil puji DAP melambung sangat.

Sementara itu, Zairil sempat mendedahkan sedikit rahsia ‘kejayaan’ kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjaya menjadi sebuah negeri paling rendah hutang. Rahsianya adalah menguruskan negeri dengan betul. Haha! Iye-iye je uruskan negeri dengan betul.

“Kita telah tunjukkan dalam lapan tahun ini, dan ia telah dibuktikan dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang kewangan Pulau Pinang diuruskan dengan baik.

“Tiada apa yang luar biasa. Kita lakukan apa yang seharusnya dilakukan oleh sebuah kerajaan. Jika kerajaan Persekutuan boleh buat perkara yang betul, kita pasti dapat mengurangkan banyak pembaziran dan malah tidak perlukan GST.

“Pulau Pinang mengambil pendekatan yang cermat. Kita cuba untuk tidak membazir, laksanakan tender terbuka, dan mengurangkan rasuah,” katanya.

Iyala tu uruskan negeri dengan betul, bebas rasuah dan sebagainya. Pernah tak korang terfikir dari mana DAP dapat wang sebanyak itu untuk menampung segala kos pembangunan ekonomi di Pulau Pinang??

Hasil ‘penjualan’ kampung-kampung orang melayu yang dirampas dan diusir keluar, laut yang ditambak, projek-projek mega yang bertaburan di serata Pulau Pinang. Hasil dari ‘penjualan’ tanah di Pulau Pinang itulah yang digunakan mereka. Sebab tu mereka kurang hutang dengan Kerajaan Persekutuan.

Itu belum lagi termasuk dengan dana-dana yang diperolehi oleh DAP yang tidak jelas penyumbangnya. Tambah Zairil, kononnya kerajaan DAP langsung tidak mengamalkan sikap rasis.., malah mereka banyak membantu golongan susah terutama sekali orang Melayu. Betul ke?? Atau semua ini lebih auta dari fakta.

“(Dasar ini) tiada kaitan dengan kaum, tetapi majoriti yang menerimanya adalah keluarga Melayu. Ini membuktikan jika kita melaksanakan dasar berasaskan keperluan, ia pasti sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan DAP itu diberitahu hanya berhutang sebanyak RM69.36 juta dengan kerajaan Persekutuan, berbanding Pahang yang memiliki hutang terbesar sebanyak RM2.9 bilion.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment