Monday, March 21, 2016
DS Najib Tinggikan Syiar Islam Di Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bakal mengangkat
tinggi dan menaik taraf syiar Islam di Malaysia. Selaras dengan negara
Islam semenjak Malaysia ditubuhkan, tersangat wajar sekiranya dalam
usaha DS Najib menjulang tinggi membangunkan syiar Islam di negara ini
diberi pujian.
Oleh yang demikian, DS Najib dalam ucapannya memberitahu bahawa Kerajaan
Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
sedang merangka untuk melancarkan satu dasar yang dinamakan Dasar
Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).
Tujuan utama penubuhan dasar tersebut adalah bagi memberi ruang
selebar-lebarnya kepada madrasah-madrasah tahfiz yang ada dalam negara
ini. Selain itu, penubuhannya juga bertujuan bagi mengembangkan
ilmu-ilmu syiar Islam dalam negara malah bagi menaikkan ‘darjat’
maahad-maahad tahfiz di Malaysia.
“Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia melalui Jakim sedang
merangka untuk melancarkan apa yang kita nak namakan sebagai Dasar
Pendidikan Tahfiz Negara atau pun (DPTN).
“Matlamat ini ialah supaya kita menyediakan ruang yang seluas-luasnya
kepada madrasah-madrasah tahfiz yang ada di dalam negara kita,
mengembangkan pengajian di maahad-maahad tahfiz.” katanya ketika Berucap
bagi merasmikan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quraan
Kebangsaan.
Tambah DS Najib, beliau mahu madrasah-madrasah tahfiz diseluruh negara
turut menyumbang cadangan-cadangan serta pendapat dalam usaha mereka
untuk membangunkan pembentukan dasar tahfiz di negara ini.
Ini bertujuan bagi memenuhi segala kehendak dan membaiki kekurangan
kepada asas pembentukan dasar tersebut. Beliau juga menyebut bahawa
cadangan daripada madrasah perlu diguna pakai supaya ia tidak menjadi
dasar kepada kerajaan sahaja.
“Saya mahu supaya pandangan dan cadangan kepada pembentukan dasar
pendidikan tahfiz negara ini, kita ambil pandangan dan cadangan daripada
madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negara,
“Pandangan-pandangan mereka kita guna pakai menjadi asas pada
pembentukan dasar ini supaya dasar ini bukan dasar kerajaan sahaja, tapi
dasar ini lahirnya dari kehendak-kehendak yang timbul daripada
pandangan cadangan madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negara,
Insyaallah.” Ujarnya lagi.
Adalah sangat wajar tindakan DS Najib ini dalam usahanya untuk menaikkan
nama madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negeri. Ini berikutan
kehadiran mereka sedikit dipinggirkan dan kurang mendapat bantuan dalam
usaha membangunkan syiar Islam di Malaysia. Usaha yang ditunjukkan DS
Najib wajar dicontohi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment