Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai orang
tua yang gila talak.
Cuba korang fikirkan, kenapa Mahathir beriya-iya
mahu keluar meninggalkan parti UMNO.
Akan tetapi pada masa yang sama,
Mahathir juga sibuk mahu menjaga tepi kain parti Melayu terbabit.
Nampak
sangat yang dia sebenarnya gila talak!
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kesemua
ahli-ahli Umno Selangor, supaya mengendahkan sahaja sisa sampah UMNO
tersebut dan mengabaikan sahaja setiap apa kenyataan yang
dikeluarkannya.
Sudah terang lagi bersuluh tujuan utama Mahathir keluar dari parti,
adalah untuk melancarkan agenda mereka dalam usaha menjatuhkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Usaha ‘murni’ yang dilakukan Mahathir itu berulang saban kali sejak dia
berjaya menjatuhkan perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn dan perdana
menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Persoalannya kali ini, apakah
‘usaha murni’ Mahathir yang kononnya bagi menyelamatkan negara itu bakal
berhasil??
"Ular janganlah patuk tiga kali di tempat yang sama. Ular hanya akan
patuk sekali saja. Insya-Allah, patukan ketiga, bukan kita nak riak.
Kita minta patukan ketiga tidak ada bisanya," kata Zahid.
Lelaki tua gila talak itu mungkin merasa dirinya terpinggir dan suaranya
tidak didengari ketika dia berada dalam parti. Oleh itu dia membuat
keputusan untuk keluar parti dan tulis surat kepada ketua cawangan,
supaya bersama dengan gerakan yang dianjurkannya.
Tambah Zahid, Mahathir diibaratkan sebagai ‘kitab lama’ yang tidak
berguna. Hendak dibuang tidak boleh, hendak dibaca isi kandungannya
sudah pun lapuk. Jadi hanya layak untuk disimpan dan dijadikan barang
perhiasan.
"Saya minta ketua-ketua cawangan di Selangor jangan ambil pedulilah.
Ibarat kitab dah buruk dah, letak kat atas tapi tak boleh baca dah.
"Kita hormat kitab lama kita letak atas la, tapi jangan pijak.
"Kita letak di atas tapi jangan baca sebab kisah dia kisah lama, nostalgia lama.
"Kita mahu melangkah ke hadapan, kita tinggalkan itu sebagai sejarah,
sejarah yang minta ayahanda Hisham (Hishamuddin Hussein) tinggalkan
jawatan (Perdana Menteri)," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment