Thursday, March 17, 2016

AWAS… OPS ANUGERAH… Lapan Dah Ditahan !!

Mereka yang bergiat ‘ jual’ pingat kebesaran perlu cari lubang cacing.Kini Ops Anugerah tunggu masa nak cekup mereka.

Terbaru,seramai lapan orang suspek yang bergiat jual pingat kebesaran di Perak sudah ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, berkata mereka termasuk seorang dipercayai dalang utama dalam sindiket ditahan sejak 16 Februari lalu.

Beliau memberitahu wartawan lapan orang berkenaan ditahan di  Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam Ops Anugerah yang dijalankan polis Perak dengan kerjasama Bukit Aman.

Katanya ekoran penahanan dalang sendiket itu,polis sedang giat mengesan beberapa orang lain yang terlibat kegiatan itu.

"Ops Anugerah ini dijalankan bagi menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan polis akan membuat kenyataan lanjut mengenai tangkapan ini dalam masa terdekat," katanya.

SEMENTARA ITU Kerajaan negeri Perak menyerahkan kepada  pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes penipuan penganugerahan darjah kebesaran palsu seperti gelaran Dato Seri atau Dato’.

Menteri Besar Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir berharap pihak polis dapat menjalankan penyiasatan dengan sebaik-baiknya bagi merungkai  dan menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau mengulas ucapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Selasa bahawa undang-undang perlu dipinda bagi menangani isu  anugerah palsu ini.

Dalam konteks ini,Menurut Menteri Besar mahu orang awam  tampil  bagi membantu pihak polis sekiranya mereka didatangi oleh individu tertentu berkaitan penganugerahan darjah kebesaran.

``Kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka dan saya harap polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaik-baiknya,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Beliau juga merujuk mengenai penahanan lapan individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket menjual darjah kebesaran palsu di negeri Perak sejak 16 Februari lalu seedperti diumumkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi semalam. Melalui ops anugerah yang ditubuhkan, semua individu, termasuk dalang utama sindiket itu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Menurut beliau, sejak Mac 2013, pihak polis telah menerima empat laporan mengenai penganugerahan pingat palsu.

Katanya, dalang utama sindiket ini juga sudah ditahan dan polis masih mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment