Wednesday, March 23, 2016
Azizah Dakwa Serangan Terhadap Guan Eng Bersifat Peribadi... Mak Oiii Cover Tokong Tu !!!
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
menyifatkan tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
berhubung isu pembelian banglo di bawah harga pasaran adalah serangan
berbentuk peribadi.
"Ada juga unsur-unsur begitu, nampak seperti dia (Guan Eng) menjadi
sasaran sebab bila kita lihat apa yang berlaku kepada dana RM2.6 bilion
dan 1MDB, bila masa kita buka mulut tentang itu, ada individu yang akan
dipecat dan hadapi masalah.
"Saya rasa mereka menyasarkan pihak pembangkang kerana perkara ini setiap kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang.
Begitupun, beliau menerima baik kenyataan Guan Eng yang bersedia untuk disiasat oleh SPRM berhubung tuduhan berkenaan.
Namun begitu, beliau berkata Guan Eng mempunyai hak untuk memberi
penjelasan kepada badan siasatan itu seperti mana kesediaan yang
disuarakannya baru-baru ini sebelum pihak lain membuat respon
mengenainya.
Dia kan di bawah siasatan dalam SPRM dan dia telah menjawab dan kita
tunggulah sebab apa dalam erti moral itu, (bagaimana) dengan RM2.6
bilion, 1MDB itu kes lagi besar.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, menggesa SPRM
menyiasat Lim berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan
Pinhorn, Georgetown yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah
berbanding harga pasaran.
Shabudin mendakwa Guan Eng menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua
menteri negeri itu dengan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat
yang berkait rapat dengan pemilik terdahulu rumah yang dibelinya dengan
harga yang murah itu.
Banglo berkenaan dibeli Guan Eng daripada seorang pemegang saham dalam
syarikat Windbond Management & Consultant Sdn Bhd dengan harga RM2.8
juta.
Pembelian itu dilihat menimbulkan keraguan sedangkan penilaian bebas
menunjukkan nilai semasa rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta
hingga RM6.5 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment