Wednesday, March 23, 2016
PAN Bukan Pegang Kunci Masa Depan PAS, Kata Hadi
KUALA LUMPUR : Masa depan PAS tidak bergantung kepada Parti Amanah
Negara (PAN) mahupun DAP, demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
"Dia satu undi sahaja, satu undi...masih berjuta-juta undi lagi, dia tak
setuju, banyak lagi yang boleh bersetuju," katanya kepada pemberita di
lobi Parlimen tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tuntutan PAN
yang mahu PAS berhenti mempolitikkan Hudud dan pohon maaf.
Desakan Pengarah Strategi PAN, Dr. Dzulkefly Ahmad itu dibuat selepas
beliau mendakwa PAS makin "berlembut" dalam memperjuangkan hudud
berasaskan kenyataan Hadi semasa pelancaran permuafakatan parti itu
dengan Ikatan minggu lalu.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan beliau
tidak bermaksud menolak agenda hudud yang dibawa PAS tetapi pelaksanaan
itu boleh ditangguhkan jika membawa lebih banyak kemudaratan berbanding
kebaikan.
Namun tegas Abdul Kadir bukanlah bermaksud menentang hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.
Sementara Abdul Hadi pula kelmarin menegaskan setakat ini belum ada
perbincangan terperinci dengan IKATAN bersabit isu hudud itu.
Dalam perkembangan lain, Hadi menegaskan hubungan PAS dan PKR di
Selangor masih berjalan seperti biasa walaupun parti Islam Se-Malaysia
itu sudah bergabung dengan IKATAN.
"Kita masih dalam gabungan kita sendiri (dengan PKR) terpulang pihak lain untuk terima konsep kita.
"Di Selangor (kami) masih lagi dalam kerajaan," katanya ringkas.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah PAS-IKATAN mampu memberi saingan
kepada PH, Hadi menjelaskan yang ia masih terlalu awal untuk menilai
perkara itu.
"Tunggu dan lihat dulu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment