Thursday, March 17, 2016
Azmin Macam Memperkecilkan Ni..... Azmin : Kerjasama PAS-Ikatan Tak Beri Kesan
SHAH ALAM : Kerjasama baharu yang dibentuk antara PAS dan Parti Ikatan
Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada
Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata ia berikutan
kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk membawa
perubahan kepada landskap politik negara.
"Saya percaya niat mereka juga adalah untuk membawa perubahan dan
pendirian PKR dari awal sentiasa bersikap terbuka, sedia untuk
bekerjasama dengan mana-mana pihak atau individu yang bersedia untuk
memulakan perubahan," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerjasama yang ditandatangani antara PAS dan Ikatan pada Rabu.
Menjawab persoalan bagaimana blok pembangkang baharu akan berfungsi di
Selangor yang masih mengekalkan PAS dalam pentadbiran negeri, Azmin
berkata kerjasama dengan parti itu akan diteruskan.
"Ia sangat jelas bahawa walaupun kita mempunyai Pakatan Harapan yang
ditubuhkan beberapa bulan lepas, kami akan masih mengekalkan kerjasama
dengan PAS," kata Azmin.
Berdasarkan situasi berkenaan, Azmin berkata beliau tidak melihat masalah yang timbul di Selangor daripada kerjasama PAS-Ikatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment