Thursday, March 17, 2016

Dr Mahathir ‘Serah Diri’ Pada Kempen Bebaskan Anwar…

Apa macam?...politik punya pasal semua prinsip dan pendirian sudah tolak sebelah.Tun Dr Mahathir terpaksa  ‘ikut arus’ Pakatan Harapan yang bertegas nak campur-campur gerakannya desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan dan bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersalah meliwat.

Memetik cakap Rafizi Ramli selaku Penyelaras Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia dalam satu kenyataan Selasa,bekas Perdana Menteri itu telah mengesahkan akan hadir ke himpunan anjuran pertama mereka di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada 8 malam 28 Mac ini.

Juga memetik cakap Mat Sabu selaku penganjur himpunan itu pada satu sidang akhbar selasa juga objektif mereka ialah mendapatkan pembebasan Anwar dan juga perletakan  jawatan Najib.

Juga katanya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal turut dijemput ke himpunan itu.

Menurut Mat Sabu himpunan kedua akan diadkaan di Gelang Patah,Johor pada 16 April manakala ketiga di Kedah pada 7 Mei.

Rafizi kata pengesahan kehadiran Dr Mahathir dinyatakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan,bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang menyelaraskan program bagi pihak bekas  Perdana Menteri itu.

Diputar balik ke majlis tandatangani  Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu dan memetik kata Dr Mahathir gerakan mereka semata-mata bertumpu untuk singkir Najib saja.

Dan…memetik kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak hadir majlis tandatangan deklarasi itu Dr Mahathir tidak kuat.Dakwanya bekas Perdana Menteri itu yang perlukan mereka dan bukan mereka perlukannya.

Tegasnya Pakatan tetap dengan pendirian agenda utama mereka mestikan pembebasan Anwar.

Kata orang dalam politik ada benda yang kita tidak perlu nak cakap.Its goes without saying…kata orang Inggeris.

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang?

Senang cakap duduk saja atas pentas himpunan 28 Mac ini sudah semacam bermakna Dr Mahathir terjebak dan tidak secara  langsung ‘serah diri‘ dalam usaha politik pembangkang untuk bebaskan Anwar.

Rasanya kita tidak perlu selak balik apa yang bekas Perdana Menteri itu pernah cakap dulu mengenai kes liwat Anwar segala macam.

Siapa agaknya yang gelar beliau ‘Mahafiraun’ dan macam-macam gelaran lain semasa zaman Reformasi dulu?

Siapa lagi....kalau bukan mereka dan sewaktu dengannya yang akan duduk sepentas dengan Dr Mahathir di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) nanti.

Tentu menarik untuk dilihat apakah nanti Wan Azizah yang mengata sakan Dr Mahathir tidak ada kekuatan sekarang akan duduk atau tidak diatas pentas bersama dengannya malam itu.

Kata pemerhati inilah drama’ I scratch your back,you scratch mine’.

Siapa agaknya yang perlukan siapa?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment