Friday, March 18, 2016
Bakar Papan Tanda Anwar, Penyokong PKR "Serang" Jamal
KUALA LUMPUR : Pimpinan PKR dan sayap pemudanya (AMK) menyerang
kumpulan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos yang
mahu membakar papan tanda ‘Selamatkan Anwar’ yang dipasang sekitar
daerah itu petang tadi.
Pergaduhan tersebut tercetus apabila kumpulan pro-Anwar itu menghalang
tindakan membakar papan tanda tersebut sehingga berlaku pergaduhan
mulut.
Bagaimanapun pergaduhan mulut itu berjaya diselesaikan tidak lama selepeas itu.
Kumpulan pro-Anwar itu menegaskan permit untuk menaikkan papan tanda
tersebut telah diluluskan oleh kerajaan tempatan masing-masing.
Jamal dalam satu kenyataan semalam berkata protes itu akan dilakukan
berhadapan restoran di Taman Ahmad Razali, Ampang, Selangor.
Menurut Jamal tindakan untuk membakar papan tanda ‘Bebas Rakyat, Bebas
Anwar’ itu sebagai sebagai tanda protes atas tindakan kerajaan Selangor
yang mengunakan dana kerajaan negeri untuk kempen politik.
Walaupun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan, Jamal dan kumpulannya
telah menampal satu kain rentang di atas papan tanda tersebut bagi
menjelaskan kesalahan Anwar Ibrahim yang sebenar adalah kesalahan
meliwat dan bukannya tahanan politik seperti yang didakwa oleh
pembangkang.
Bantahan ini katanya bagi memberi isyarat kepada pihak terlibat termasuk
Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk
Seri Azmin Ali yang didakwa ‘menghina keputusan mahkamah’ dalam kes
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment