Friday, March 18, 2016
Guan Eng Lantik Mejar Zaidi Sebagai Pegawai Penerangan Mewakili PAN
Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad hari
ini mengangkat sumpah sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau
Pinang.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menyaksikan upacara angkat sumpah di
Komtar itu berkata, Zaidi ditugaskan untuk mengendalikan projek kerajaan
negeri bagi membantu golongan miskin iaitu Agenda Ekonomi Saksama
(AES).
Lim yakin Zaidi mampu memberi inspirasi kepada golongan belia untuk
meningkatkan taraf hidup mereka kerana adalah impian kebanyakan
kanak-kanak untuk menjadi seorang juruterbang.
“Bukan mudah untuk jadi seorang juruterbang,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan pelantikan Zaidi.
Lim berkata Zaidi, yang juga adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah
Negara, bahagian Kepala Batas dipilih berdasarkan prinsip perjuangan
hidupnya.
“Beliau sedia berkorban kerana prinsip,” katanya.
Zaidi dilucutkan keanggotaanya dari TUDM selepas mahkamah tentera
mendapati beliau bersalah kerana membuat laporan polis pada pilihan raya
umum 2013 berhubung dakwat kekal itu yang disifatkan sebagai melanggar
etika kerja.
Akhirnya Zaidi tinggalkan PAS? Demi sesuap dedak?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment