Friday, March 18, 2016
Najib Ambil Peluang Sindir Tun M
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau
tidak terkesan dengan tekanan dan kempen membenci beliau yang rancak
dilakukan oleh pemimpin UMNO dan pembangkang.
Walaupun tidak menyebut secara khusus, namun umum mengetahui kenyataan
itu ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan penentang
dalam UMNO termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir.
Najib juga mengambil peluang di Dewan Rakyat hari ini untuk ‘menyindir’
Dr Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkannya.
“Saya tidak hairan perkara ini berlaku sewaktu Tun (Mahathir) menjadi
Perdana Menteri dilemparkan (cemuhan) seperti mahazalim dan mahafiraun.
“Tapi sekarang nampak duduk bersama pula,” katanya ketika menjawab
soalan tambahan daripada Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bertanya
sama ada Najib sedar tekanan dan kempen membenci beliau serta pendirian
dengan perilaku tersebut
Mengulas lanjut, Najib menyatakan sebagai Perdana Menteri, beliau bersama rakan-rakan dalam pentadbiran tetap beristiqamah.
“Apa pun serangan kita jangan hilang hala tuju fokus. Kita tetap komited mahu melaksanakan pelan kerajaan.
“Sebagai Perdana Menteri dan rakan dalam pentadbiran, kami tetap
istiqamah dan fokus. Apa pun serangan kita jangan hilang hala tuju.
Fokus kita tetap komited untuk laksanakan pelaburan,” katanya.
Dr Mahathir bersama pimpinan Pakatan Harapan menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.
Dr Mahathir juga menerusi blognya mencadangkan kerajaan mengadakan satu
pungutan suara bagi mengukur sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib
atau menyokong pendirian beliau yang mendesak Najib melepaskan jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment