Friday, March 18, 2016

Kumpulan Bank Dunia Puji Kewangan Malaysia. Mana Yang Kata Malaysia Bankrap??

Kekukuhan sistem kewangan Malaysia termasuk antara rakan negara-negara Asean dan selebihnya bukan sekadar mengagumkan pihak lain malah kepakaran Malaysia kini dikehendaki pelbagai negara lain.

Negara-negara tersebut kata Pengarah Negara, Asia Tenggara (Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand), Asia Timur dan Pasifik Kumpulan Bank Dunia, Dr Ulrich Zachau memerlukan kepakaran Malaysia untuk menambahbaik sistem kewangan mereka.

Malaysia katanya, muncul lebih kuat, antara lain, dari segi akses kepada kredit dan jumlah orang yang mempunyai akses kepada alat pelaburan kewangan yang canggih.

“Ia adalah hasil daripada beberapa dekad kerja yang baik serta pembangunan sistematik institusi swasta dan awam,” katanya selepas menyampaikan ceramah pada Program Pasaran Baru Muncul Global anjuran Suruhanjaya Sekuriti di ibu negara, Selasa.

Menurutnya, peningkatan tanggungjawab dan kekukuhan peraturan tadbir urus kewangan Malaysia telah menarik minat banyak negara untuk mencontohi Malaysia.

“Selain Asean, negara-negara di Asia Barat juga mencari manfaat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan kewangan Malaysia untuk mengukuhkan sistem mereka sendiri,” katanya.

Selain itu Bank Dunia katanya, mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus tahun ini.

“Pada ketika ini, unjuran kami masih 4.5 peratus. Bagaimanapun, kami akan menyemak semula kerap dan analisis dalaman kami akan keluar dengan unjuran dalam sebulan dari sekarang,” katanya.

Tahun lepas, Bank Dunia mengunjurkan KDNK Malaysia akan berkurangan kepada 4.5 peratus pada 2016, daripada 4.7 peratus pada 2015, mencerminkan kelembapan tertentu dalam permintaan domestik.

Nah! Kebiasaan pembangkang tak mahu dengar cerita elok begini. Minggu ini kita disajikan dengan banyak berita baik tentang Kerajaan termasuk ekonomi. Maka dengan ini aku menyeru mana-mana pihak yang sibuk kata Malaysia Bankrup untuk bersuara. Cakap banyak bila ada bukti macam ini senyap macam tikus. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment