Wednesday, March 23, 2016
Baling Telur Bukti Ahli Hilang Kepercayaan Kepada Pemimpin DAP
TEMERLOH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar
Shamsuddin berkata kejadian beberapa individu (yang dipercayai ahli Dap)
membaling telur kepada pemimpin Dap termasuk Lim Kit Siang pada sesi
ceramah kedai kopi di Jerantut baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa
ahli parti itu sudah semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka.
Jelas beliau, ini mungkin kerana kepimpinan Dap semakin angkuh dan
hanya memperjuangkan kelompok tertentu dalam parti tersebut menyebabkan
ahli mereka sanggup melakukan tindakan melempar telur.
Malah
beliau seterusnya juga percaya tindakan melempar telur itu ada juga
kaitannya dengan tindakan kepimpinan Dap yang menjalinkan kerjasama dan
bersekongkol dengan Tun Mahathir sedangkan selama ini Tun Mahathir
sentiasa dicerca dan digelar dengan pelbagai gelaran oleh parti
berkenaan.
“Kit Siang sendiri, sepanjang dia berpolitik, Tun Mahathir adalah
musuhnya. Kini, demi mencapai agenda peribadi dia sanggup untuk sepentas
dengan Tun Mahathir. Kalau saya sebagai ahli Dap, saya juga akan marah
kerana ia telah lari daripada perjuangan sebenar Dap.
“Oleh itu saya harap ahli Dap akan terus bangkit dan mendesak agar
siapa yang menyertai deklarasi rakyat dikenakan tindakan.. sama seperti
UMNO yang mengenakan tindakan terhadap ahli mereka yang terlibat dalam
deklarasi tersebut,” ujarnya kepada media.
Tambah Sharkar, tindakan memperguna dan dipergunakan oleh musuh
sendiri walaupun mempunyai matlamat yang sama seharusnya dikekang kerana
adalah sesuatu yang tidak beretika sekaligus melanggar etika perjuangan
parti baik parti apa pun.
“Tetapi kita tahu, bagi pembangkang mereka akan menghalalkan segala
cara walaupun ia salah asalkan apa yang mereka mahu tercapai.
“Bagi mereka suara ahli tidak penting kerana apa yang penting adalah
dapat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan
UMNO.
“Jadi, ahli Dap kini harus sedar siapa dan bagaimanakah rupa sebenar pemimpin mereka,” katanya lagi.
Mengikut laporan media Pengerusi Dap Pahang Leong Ngah Ngah dibaling dengan telur ketika berlangsung forum politik di Jerantut.
Leong yang berada bersama penasihat parti Lim Kit Siang tiba-tiba
diserang oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadapnya ketika
ceramah kedua di sebuah kedai kopi.
Kekecohan tercetus dan Leong berkali-kali menjerit sebelum dibaling telur serta dipukul di dada pada kejadian pagi Isnin.
Mereka turut menunjukkan rasa tidak puas hati dengan meruntuhkan papan tanda pusat perkhidmatan Dap Jerantut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment