Wednesday, March 23, 2016
Mandat Rakyat Adalah Menerusi Pilihan Raya Bukan Deklarasi Rakyat – Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini sekali lagi mengulangi
pendirian bahawa mereka menolak deklarasi rakyat kerana beranggapan
deklarasi terbabit bertentangan dengan sistem politik negara yang
berdasarkan kepada demokrasi berparlimen.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata menerusi sistem tersebut kerajaan
ditentukan menerusi pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dan
bukannya melalui deklarasi, bukannya menerusi pungutan suara dan
bukannya menerusi tandatangan mahu pun melalui sidang akhbar.
“Jadi bagi kita deklarasi rakyat paling penting adalah mandat yang
diberi dalam pilihan raya dan mandat itu masih lagi memihak kepada
Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri,”
katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda
UMNO, di sini, hari ini.
Terdahulu
sebelum itu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian
memorandum persefahaman (MOU) antara Pemuda UMNO dengan Might Meteor.
Pemuda UMNO diwakili oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sahfri Abd
Azi, manakala Might Meteor diwakili oleh Pengarah dan Pengarah Urusan,
En Abdul Halim Mohd Bisri dan Pn Jasmin Baba.
Menerusi kerjasama tersebut, Khairy berkata ianya bakal memberi
peluang dan ruang kepada pelajar bumiputera yang gagal menaljutkan
pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan diri
dalam bidang latihan vokaisonal dan teknikal.
Katanya lagi lebih 80 kursus latihan daripada 11 sektor yang telah
dikenalpasti akan dilaksanakan dan memberi peluang kepada mereka yang
menceburkan diri kelak.
“Inisiatif ini di bawah Pemuda mahir akan meningkatkan kemahiran
sedia ada, memberikan kemahiran baru serta menempatkan pelatih di dalam
industri dan sekaligus akan membantu mereka yang tidak berjaya ke IPT.
“Antara program yang dilaksanakan nanti adalah kursus jangka pendek
di bawah Might Meteor dalam bidang yang berkenaan kemahiran serta
kemhiran tinggi,” katanya.
Pengumuman melalui program dan inisiatif dari MOU akan diumumkan melalui platform media sosial PPUM – Twitter @PPUMOnline.
Pada masa yang sama Khiary turut memberitahu Unit Dana Bumiputera
akan mengadakan program outreach mereka pada 17 April ini di Stadium
Indera Mulia, Ipoh, Perak.
“Menerusi program ini kita akan bawa wakil kementerian serta agensi
yang berkaitan untuk sama-sama bertemu dengan rakyat melalui konsep
pameran dan program sepanjang hari.
“Selain daripada ruang pameran sesi penerangan, ianya juga akan
menampilkan usahawan-usahawan ‘foodtruck’, usahawan muda dan juga sesi
istimewa dengan juruccakap kementerian, agensi serta usahawan yang telah
melalui pengalaman berniaga.
“Siri outreach ini bertujuan membawa inisatif kerajaan terus kepada
rakyat dan merupakan sebahagian dari ikrar kita untuk menjadi satu wadah
penggerak yang membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment