Thursday, March 17, 2016
Bangang Majlis Peguam Ni.... Cadangan Majlis Peguam Minta Apandi Letak Jawatan Cabar Prerogatif Agong
KUALA LUMPUR : Seorang peguam berkata cadangan Majlis Peguam meminta Tan
Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah
seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Peguam Negara dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda
sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu
menunaikan tugasnya.
Majlis Peguam, akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu
ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundur diri sebagai Peguam
Negara.
Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai
Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Majlis Peguam berpendapat Peguam
Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.
"Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja
Yang di-Pertuan Agong," kata Mohd Hafarizam ketika dihubungi, untuk
mendapatkan komen beliau tentang usul itu.
Beliau berkata usul untuk mencela dan menuntut peletakan jawatan Mohamed
Apandi tidak pernah berlaku sebelum ini, serta tidak perlu kerana
Peguam Negara tidak terlibat dengan salah laku sebagai Pendakwa Raya
atau melakukan sebarang salah laku besar berkaitan tugas berkanunnya.
"Kita perlu ingat sebagai Peguam Negara, kuasa beliau seperti yang
termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, terserah
sepenuhnya kepada budi bicara beliau sendiri dan tidak tertakluk kepada
penelitian kehakiman.
"Inilah yang menjadi dasar utama bagi sistem keadilan jenayah di mana
pengasingan bidang kuasa antara badan kehakiman dan pendakwaan
diputuskan.
"Oleh itu, saya menggesa agar perlu ada sikap saling menghormati antara
Badan Peguam Malaysia, sebagai sebuah badan yang diwujudkan melalui Akta
Profesion Undang-undang dengan pejabat Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata hanya dengan wujudnya sikap saling menghormati dan
memahami itu, barulah pentadbiran keadilan jenayah dapat dimartabatkan
di tahap tertinggi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment