Thursday, March 17, 2016
Husam Cuba Hasut Pemimpin PAS Negeri Lawan Hadi?
Mantan Exco Kanan Kerajaan Kelantan Dato’ Husam Musa yang diketepikan
oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas kalah dalam permilihan parti
pada jun tahun lalu telah membawa haluan sendiri.
Menurut sumber Husam sekarang ini bergerak aktif diatas pentas Pakatan
Harapan (PH) yang ditubuhkan 5 bulan yang lalu setelah Pakatan Rakyat
(PR) sebelum itu telah dikianati PAS berkubur.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS penggal yang lalu dipinggirkan dari
parti itu selepas kematian Dato’ Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana
ketika itu orang kanan kepada mantan Menteri Besar dan PAS Kelantan.
Husam ketika ini giat membongkarkan salah laku pentadbiran dan
penyelewengan PAS di Kelantan serta membuat kecaman terhadap Presiden
parti itu dengan harapan beliau akan dipecat dari PAS.
Terbaru Husam yang memperlekehkan kata-kata Presiden PAS Dato’ Seri
Abdul Hadi Awang selepas PAS menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN)
dengan menegur secara berhemah dan sedia menjadi penasihat kerajaan.
Menurut sumber dari PH Kelantan ada individu dari PAS Terengganu
datang ke Kelantan berkunjung serta mengadap mantan naib presiden PAS
itu.
SIAPAKAH yang membuat pertemuan SULIT dengan Husam yang datangnya dari PAS Terengganu?
ADAKAH orangnya dari kepimpinan tertinggi PAS Terengganu yang membuat
penafian bahawa mereka ada gerakkan untuk menjatuhkan Hadi dalam senyap?
Umum mengetahui pergolakan PAS Terengganu ketika ini telah diperlihatkan
dengan dua kem yang mana diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dan
satu lagi dari golongan Ulama’ yang diterajui oleh Tuan Presiden Parti.
Pertemuan SULIT dengan Husam itu telah mengambarkan perpecahan dalaman
PAS dan kelantangan Husam menyerah Hadi Awang secara terbuka menguatkan
lagi bahawa adanya gerakkan ingin menjatuhkan presiden parti itu.
Tambah sumber lagi dengan hala tuju perjuangan PAS ketika ini sudah jauh
tersasar didalam arena politik yang telah diperjuangkan selama ini
dengan matlamat hanya untuk menjadi penasihat kepada BN dan UMNO sahaja.
Betul kata Nik Aziz jika PAS ingin berkerjasama dengan UMNOBN biar
beliau MATI dahulu dan perkara itu telah pun berlaku ketika ini dibawah
kepimpinan Hadi Awang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment