
Wednesday, March 16, 2016
Perhimpunan 27 Mac Tidak Mewakili Suara Majoriti – Hishammuddin

KUALA LUMPUR : Peserta perhimpunan 27 Mac mungkin boleh
menjerit sekuat-kuatnya tetapi mereka tidak mewakili suara majoriti,
kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata perhimpunan membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak hanya merupakan satu lagi usaha sia-sia yang tidak
akan berjaya.
“Banyak perhimpunan yang telah diadakan, banyak ramalan dibuat
terutama tahun lepas berkaitan pihak yang mengemukakan undi tidak
percaya, bajet tidak diluluskan, pemimpin dunia tidak datang ke
Malaysia, perhimpunan agung UMNO tahun lepas akan kacau-bilau tetapi ia
tidak berlaku.
“Jadi, satu lagi perhimpunan dirancang. Saya rasa kita hanya perlu
menghadapinya tetapi akhirnya orang ramai yang akan menentukannya bukan
orang-orang ini yang menjerit dengan sekuat-kuatnya,” kata beliau pada
sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan
perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah antara mereka yang
mengesahkan akan menghadiri perhimpunan itu yang dicadangkan oleh bekas
menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan
Mohamad berkata kerajaan tidak akan menyekat perhimpunan 27 Mac nanti
asalkan perhimpunan itu tidak akan mendatangkan sebarang kejadian tidak
diingini.
“Kita juga tidak mahu menyekat mana-mana pihak tetapi pihak-pihak
tertentu itu kenalah bertanggungjawab supaya apa yang mereka buat itu
tidak akhirnya menjadi satu usaha politik yang menyusahkan ramai orang.
Nur Jazlan berkata pihak polis akan memantau keadaan sepanjang perhimpunan itu berlangsung dan tindakan akan diambil jika perlu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment