
Wednesday, March 16, 2016
Pemimpin Beri Maklum Balas Baik Terhadap Program Pemukiman – Zambry

IPOH : Pemimpin di peringkat kebangsaan memberi maklum balas
yang baik terhadap program pemukiman anjuran kerajaan negeri di Hulu
Perak bulan lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Bagaimanapun, Zambry berkata kerajaan negeri akan terus menambah baik
program itu dengan melaksanakan pendekatan yang lebih kreatif pada
program seterusnya yang bakal berlangsung di daerah Kerian.
“Aktiviti baharu akan dilaksanakan pada program itu termasuk aktiviti
yang diadakan oleh Exco kerajaan negeri di setiap kawasan yang telah
ditetapkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari
ini.
Menurutnya tarikh penganjuran program di Kerian akan dimaklumkan kelak.
Mengenai program pemukiman di Hulu Perak yang berlangsung selama lima
hari bermula 23 Feb lalu, Zambry berkata pihaknya telah menjalankan
kajian termasuk mengambil kira maklum balas daripada masyarakat terhadap
aktiviti yang dijalankan di kawasan itu.
“Kita telah mengenal pasti beberapa isu di Hulu Perak iaitu lapan isu
berkaitan isu tempatan dan hampir 20 isu berkaitan pembangunan. Isu
yang dibangkitkan di setiap kawasan akan diteliti sebaik mungkin,”
katanya.
Sebanyak 137 program dilaksana sepanjang tempoh pemukiman siri
pertama tahun ini di Hulu Perak yang mana Zambry sendiri turun padang
pada sebahagian program untuk melihat dan mendengar aduan rakyat
termasuk daripada golongan Orang Asli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment