Monday, March 21, 2016

Berdasarkan Kes Khir Toyo, Lim Guan Eng Pasti Didapati Bersalah Kecuali…

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016

Jika benar laporan media bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan kontrak pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta adalah berdasarkan “willing seller, willing buyer” maka beliau sudah pasti bersalah.

Menurut beliau, pembelian banglo yang mencetuskan kontroversi kerana terlalu luar biasa murah daripada harga pasaran itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau ‘teman’ yang sesuai.

“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan.”
Guan Eng Dan Khir Toyo 
Ada dua perkara penting dalam kenyataan ini yang jelas merupakan pengakuan bersalah Lim Guan Eng. Pertamanya, beliau mengaku membeli rumah di bawah harga pasaran. Keduanya beliau tidak menafikan penjual tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.

Dalam Kes Mohamad Khir Toyo lawan Kerajaan Malaysia, beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.

Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertutuduh sebagai penjawat awam.

Dalam kes Dr Khir Toyo beliau telah membeli rumah terbengkalai dengan harga RM 3.5 juta mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.

Namun beliau didapati bersalah kerana Mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM 6.5 juta.

Walaupun rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap, namun Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.

Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.

Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan.

Dalam kes Khir Toyo, salah seorang pemilik syarikat hanya mendapat surat sokong Khir Toyo. 

Walaupun surat sokongan tersebut telah ditolak oleh PKNS, Mahkamah berpendapat hubungan rasmi itu dan hubungan baik Shamsuddin dan Khir Toyo serta pengetahuan Khir mengenai harga rumah asal tersebut merupakan elemen yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan.

Dalam kes kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Ini bermakna ketika Khir Toyo mendakwa beliau membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran tetapi masih didapati bersalah, mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.

Dalam konteks Lim Guang Eng, hubungan tersebut jelas apabila salah seorang pemilik rumah tersebut juga merupakan pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang.
IMG-20160318-WA0089
Kes Lim Guan Eng lebih kuat berbanding dengan kes Khir Toyo kerana syarikat terbabit bukan sahaja mendapat tanah dengan harga yang agak meragukan, tetapi juga Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan komersial.

Oleh kerana keputusan kes Dr Khir Toyo telah sampai ke Mahkamah Persekutuan ia telah menjadi satu “precedent case” yang tidak boleh ditolak oleh Mahkamah yang lebih rendah. 

Justeru hanya dua kemungkinan untuk Lim Guan Eng terlepas kali ini:

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara enggan mendakwa beliau.
2. Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya dalam semakan kehakiman kes Dr Mohamad Khir Toyo. Ini sekaligus membuka jalan untuk Mahkamah lebih bawah membuat tafsiran semula di bawah seksyen 165 ini.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment