Monday, March 21, 2016

Guan Eng Usah Putar Belit.. Ini Bukan Isu Banglo Siapa Lebih Besar

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang masih mahu terus putar belit mempertahankan isu pembelian banglonya yang kini menjadi kontroversi kononnya banglo tersebut terlalu jauh untuk dibandingkan dengan banglo kontroversi milik bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Tegas beliau sekarang ini bukan isu banglo siapa lebih besar atau lebih mahal tetapi isunya adalah seorang ketua menteri yang sedang berada dalam jawatan telah membeli satu hartanah dari seorang yang ada kepentingan secara langsung mahupun tidak dan orang itu telah memberikan secara sukarela dan ketua menteri menerima dengan sukarela.
Guan Eng Dan Khir Toyo 
Ini katanya bermakna pembeli tersebut mendapat faedah  secara langsung atas kedudukan sebagai ketua menteri.

“Dari sudut undang-undang seseorang yang berjawatan bila dapat imbuhan atau sesuatu yang ada kaitan dengan kedudukan maka itu boleh disabitkan kesalahan.

“Dalam hal ini persoalannya mudah sahaja, jika seorang biasa hendak membeli rumah itu adakah boleh dapat seperti mana yang Guan Eng dapat dan adakah ‘willing buyer willing seller’ akan terjadi.
  
Willing seller terjadi kerana ada kaitan dengan kedudukan orang yang hendak membeli.

“Dan secara kebetulan diingatan rakyat masih segar atas apa yang dilalui oleh Datuk Seri Khir Toyo. Ini kes berprofil tinggi dan pastinya mendapat perhatian rakyat. Tidak dapat tidak, masyarakat membandingkan apa yang sedang berlaku,” ujarnya kepada media.

Tambah Annuar, Guan Eng kini sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek bagaimana mahu memberi maklumat dan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika dia rasa tidak bersalah maka tidak perlu bimbang tapi proses siasatan harus dijalankan secara telus.

“Soal salah atau tidak, ia perlu disiasat dahulu dan terpulang kepada pihak pendakwa raya tentukan. Guan Eng cuma perlu bagi kerjasama,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment