Monday, March 21, 2016

Bersama Perbetulkan Persepsi Negatif Yang Boleh Menggugat Keharmonian Kaum – Annuar

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berpandangan, bahawa sudah sampai masanya semua pihak, khususnya media arus perdana untuk bersama-sama memperbetulkan persepsi yang boleh mengakibatkan salah faham yang menjurus kepada perpecahan kaum seperti mana yang cuba disuburkan oleh pihak pembangkang.

Tegasnya tindakan pihak tersebut hanyalah demi kepentingan dan survival politik mereka di negara ini, khususnya isu-isu yang melibatkan  di negara ini.
DSC_1372slider 
Justeru itu, beliau meminta kerjasama daripada pihak media massa khususnya untuk sama-sama menyampaikan mesej-mesej kepada rakyat yang boleh memupuk keharmonian dan perpaduan.

“Hari ini kita lihat bahawa ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyebarkan persepsi negatif yang boleh merosakkan hubungan antara kaum, khususnya terhadap golongan muda di negara ini.

“Saya berpandangan bahawa perkara-perkara yang boleh menganggu gugat keharmonian antara kaum seperti apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang amat serius dan ianya perlu ditangani dengan segera sebelum terlambat.

“Justeru itu, pastinya usaha ini perlu dilakukan secara bersama terutama dengan bantuan media massa dalam usaha kita mahu menyebarkan mesej keharmonian dan menolak sebarang provokasi negatif serta yang menjurus kepada perpecahan antara kaum di negara ini,” jelas beliau dalam kunjungannya ke agensi berita Sin Chew Daily di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, asas pembinaan negara adalah berdasarkan kepelbagaian kaum di mana setiap kaum perlu memainkan peranan untuk menjadikan negara lebih maju ke hadapan serta menolak perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat yang telah terbina selama ini.

“Dalam membina negara yang lebih baik, maka UMNO perlu dan memerlukan kerjasama antara semua kaum di negara ini. Sebab itu kita mesti berusaha untuk merapatkan semula jurang antara kaum yang sudah mula terbina hasil dan menolak provokasi pihak tertentu khususnya pembangkang.

“Saya yakin ramai kaum Cina tidak mendapat maklumat yang sebenar dalam beberapa isu kebelakangan ini terutama isu-isu yang melibatkan UMNO. Adakalanya kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang diputar belitkan oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan berlakunya salah faham.

“Malah ada suara-suara yang meminta agar UMNO tidak mempedulikan lagi kaum Cina ekoran tindakan mereka tidak menyokong BN, namun saya rasa ianya bukan satu tindakan yang tepat yang boleh menjadikan keadaan lebih baik,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama semua pihak amat diperlukan agar keharmonian dan perpaduan antara kaum menjadi lebih baik supaya negara boleh dibangunkan dengan lancar tanpa sebarang gangguan untuk manfaat rakyat di seluruh negara,” tegasnya.

Kunjungan Tan Sri Annuar Musa ke pejabat editorial akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang telah beroperasi semenjak tahun 1929 di negara ini, merupakan lanjutan daripada siri-siri kunjungan beliau selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru.

Kehadiran beliau bersama rombongan telah disambut Ketua Pengarangnya, Datuk Pook Ah Lek dan Timbalannya, Kuik Cheng Kang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment