Tuesday, March 22, 2016
Biar Betul Ni.... Pengarah SPRM Diugut Dengan Video Skandal Seks?
Apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendedahkan perbuatan ‘rasuah’ Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika perbahasan Menjunjung Kasih
Titah Yang Dipertuan Agong, umum bercampur baur menerima pembongkaran
yang benar ini yang kemudiannya diakui sendiri oleh Lim Guan Eng ketika
mempertahankan pembelian Banglo Mewah yang tidak mempunyai kolam renang
itu.
Desakan rakyat melalui media sosial kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) agensi berkaitan yang bertanggungjawab terhadap
sebarang kes berkaitan rasuah agar segera mengambil tindakan seperti
tidak mengundang rasa kebertanggungjawaban dan tidak sepantas tindakan
yang mereka ambil sekiranya ia melibatkan batang tubuh pemimpin kerajaan
pusat yang memerintah.
Mungkinkah hubungan baik yang sedia terjalin di antara pegawai kanan
dengan ahli politik pakatan pembangkang menyebabkan laporan oleh pihak
umum akan dipandang sepi selepas ini atau mungkin juga SPRM akan
memberikan lebih masa kepada Lim Guan Eng untuk menyediakan dokumen
‘penyelamat’ diri agar tidak disabitkan kesalahan jenayah rasuah yang
secara terang dilakukan bahkan sudah diakui ketika menjawab ‘tuduhan’
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu?
Mungkinkah memang wujud unsur ‘peras ugut’ oleh pakatan pembangkang
terhadap SPRM? Lalu mereka sengaja tidak peduli dengan desakan umum agar
satu siasatan dan tindakan segera memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang
itu ke pejabat operasi mereka untuk disoalsiasat.
Mungkinkah benar memang wujud sesuatu yang cuba disembunyikan di antara
SPRM dan pakatan pembangkang untuk melambat-lambatkan proses siasatan
melibatkan pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran oleh Lim
Guan Eng yang jelas terbukti mempunyai unsur rasuah apabila
‘menghadiahkan’ sebidang tanah untuk dikomersialkan kepada kenalan baik
tuan rumah banglo mewah tanpa kolam renang yang disewanya selama 7 tahun
itu? Tidak semena-mena SPRM mendedahkan hasil siasatan kes rasuah
melibatkan orang lain terlebih dahulu pada hari cuti bekerja!
Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan pro aktif terhadap LGE dan juga
ahli politik pembangkang yang lain seperti kes tertunggak melibatkan
Teresa Kok yang sehingga kini sudah melepasi tempoh 4 tahun walaupun
Skandal Solar Yayasan Selangor dilaporkan dengan bukti yang kukuh.
Kenapa SPRM begitu sepi bila mengendalikan sebarang perkaitan kes yang melibatkan ahli politik pembangkang?
Mungkinkah wujud unsur rasuah ‘mega’ iaitu rasuah ‘seks’ yang melibatkan pegawai tertinggi SPRM sendiri?
Menurut sumber, seorang pengarah yang pernah bertugas di SPRM Kelantan
yang kini dipindahkan ke SPRM Putrajaya dikatakan mempunyai isu skandal
seks yang dirakamkan oleh individu tertentu yang pro pembangkang untuk
digunakan sebagai ‘peluru’ sekiranya SPRM mengambil tindakan tegas
sebagai respon kepada laporan rasuah terhadap pimpinan parti pembangkang
oleh orang awam. Benarkah tuduhan ini?
Bagaimana pula dengan laporan yang menyatakan ada dalam kalangan isteri
pegawai tertinggi SPRM yang campur tangan dalam siasatan kes rasuah?
Mungkinkah ini yang disebut sebagai usaha mempertahankan elemen
integriti dan prioriti oleh sebuah agensi yang semakin
bersungguh-sungguh ‘berkomplot’ untuk membantu usaha pembangkang bagi
menjatuhkan kerajaan demi melindungi skandal yang menjadi rahsia umum?
Berbalik kepada Lim Guan Eng, perlu diingat pengakuan beliau yang
membayar sewa banglo tanpa kolam renang itu sebanyak RM5000 sebulan itu
walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kediaman rasmi untuk
kegunaan Ketua Menterinya diambil sumbernya dari mana? Rasuah?
Adalah menjadi sesuatu yang aneh dalam isu melibatkan Lim Guan Eng
apabila SPRM langsung mengunci mulut seolah olah mereka sedang diperas
ugut oleh individu tertentu.
Apakah Lim Guan Eng juga mempunyai sesalinan video seks yang dikatakan
aksinya milik seorang pegawai kanan dalam SPRM di Putrajaya sendiri?
Pernah dilaporkan mengenai skandal seks yang dikatakan berlaku di premis
SPRM dan sehingga kini masih tiada sebarang penafian berkaitan tuduhan
tersebut.
Mungkinkah ia menyebabkan SPRM ‘terikat’ dengan ugutan pihak tertentu
yang mengakibatkan seringkali tindakan SPRM dilihat lembab apabila
melibatkan pembangkang?
SPRM mesti dirombak sekiranya terus mengambil pendekatan melakukan
‘penyiasatan terpilih’ khususnya apabila menyiasat aduan melibatkan ahli
politik pembangkang. Penangguhan dan lambakan aduan rasuah melibatkan
parti pembangkang berterusan dipandang sepi tetapi SPRM amat pantas
sekiranya ia adalah laporan rasuah yang melibatkan ahli politik
kerajaan. Adakah unsur RASUAH itu hanya wujud kepada ‘kerajaan’
semata-mata?
Menurut sumber rapat khabarnya, seorang bekas Pengarang The Malaysian
Insider G. Manimaran masih lagi berada di SPRM sebagai Pegawai
Perhubungan Media. Kalau benar, tidak hairanlah sehingga ke saat ini
langsung tidak ada kenyataan media SPRM yang keras dan tegas berkaitan
isu pembelian banglo mewah tanpa kolam renang itu.
Sebaliknya, di tengah kepanasan isu rasuah Lim Guan Eng ini
diperdebatkan, hasil siasatan kes rasuah seorang setiausaha bahagian di
sebuah kementerian pula ‘disibukkan’ oleh SPRM pada hari cuti bekerja.
Sedarkah apa yang sedang dilakukan SPRM hampir selari dengan apa yang
termaktub dalam ‘kitab suci’ pegangan pakatan pembangkang iaitu ‘Buku
Jingga’? Modus operandi melalui penggunaan media secara optimum jelas
mempermudahkan kerja pembangkang di luar SPRM!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment