Monday, March 21, 2016
Hentikan Politiking Yang Merugikan, Fokus Perkukuhkan Jentera Parti – Samsol Bari
JOHOR BAHRU : Sudah tiba masanya politiking merugikan dalam
parti dihentikan sebaliknya seluruh tenaga kerja difokuskan untuk
memperkukuhkan lagi jentera bagi persediaan menghadapi pilihan raya
umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Samsol Bari Jamali
menyifatkan, setiap ahli dan pemimpin UMNO kini wajar memainkan peranan
yang lebih penting, iaitu memantau dan menyemak dasar-dasar kerajaan dan
parti agar dasar tersebut memberi kesan yang baik kepada rakyat secara
keseluruhannya.
“Kita
tidak boleh membiarkan emosi dan sentimen menguasai keadaan sedia ada,
ia menuntut kematangan serta kebijaksanaan agar yang kita usahakan akan
kita dapat, serta yang kita kendong tidak keciciran, kita harus
berlapang dada dan tumpukan kepada survival parti dan Kerajaan.
“Apa yang penting sekarang ialah tanggungjawab kita sebagai wakil
rakyat yang mewakili kerajaan BN di peringkat Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri, janji dan amanah kita kepada rakyat sangat besar
berbanding masalah politik dalaman seperti yang kita hadapi sekarang.
Bak kata pepatah Melayu berbunyi, “Kalau kerbau dipegang pada
talinya, maka manusia dipegang janjinya”, janji kita kepada rakyat pada
PRU13 yang lalu harus kita laksanakan, masalah dan beban yang dihadapi
oleh rakyat hari ini, harus kita cari jalan untuk ringankan bebannya,”
ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Semarang, Air Hitam.
Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar Ketua Penerangan di
peringkat UMNO dan Pergerakan Sayap-Sayap Cawangan dan Bahagian di
negeri Johor, untuk mula menggerakkan gerak kerja bertemu rakyat
memberikan penerangan dan maklum balas terhadap sebarang isu yang
dibangkitkan.
“Harapan saya, ketua-ketua cawangan UMNO haruslah memastikan
mempunyai Ketua Penerangan yang benar-benar wujud dan bukan hanya di
atas kertas atau individu yang dilantik tidak mengetahui pun akan
lantikan tersebut. Perkemaskanlah struktur kita kerana ianya sangat
penting dan akan membantu kita untuk gerakkerja pada masa akan datang,”
tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Air Hitam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment