Monday, March 21, 2016

Bukit Aman Minta PBT Turunkan Papan Tanda Mengelirukan Orang Ramai

KUALA LUMPUR : Bukit Aman meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu kerana menurutnya ia memaparkan unsur-unsur hasutan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

"@PDRMsia kesan billboard (papan iklan itu) dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai 'Tahanan Politik'.

"Pada masa sama, PBT diminta turunkan billboard yang menghasut," katanya.

Papan tanda itu dikesan di 20 lokasi di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukum penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Daman

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment