Monday, March 21, 2016
Siapa Dia Ni..... Siapa Miss Phang?
Kontroversi pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan
Pinhorn, Jelutong di sini, yang didakwa luar biasa murah turut menarik
perhatian ramai tentang misteri pemilik banglo itu, Phang Li Koon.
Beliau yang sebelum ini dirujuk sebagai Miss Phang dikatakan membeli
rumah banglo di alamat No. 25 itu pada Oktober 2008 pada harga kira-kira
RM2.5 juta.
Setahun kemudiannya iaitu pada Julai 2009, rumah banglo seluas kira-kira
944 meter persegi itu dikatakan disewa Guan Eng pada kadar RM5,000
sebulan.
Nama Miss Phang disebut-sebut dalam kontroversi pembelian banglo oleh
Guan Eng itu selepas beliau didakwa merupakan salah seorang daripada
pemegang saham dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn.
Bhd.
Difahamkan, selain beliau, pemegang saham lain dalam syarikat itu ialah Tang Yong Chew.
Secara kebetulan, Yong Chew juga dikatakan merupakan salah seorang
pemegang saham dalam syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre
Sdn. Bhd. (KLIDC) yang memenangi tender bagi membangunkan projek di
tanah Taman Manggis.
Selain dalam dua syarikat itu, Yong Chew juga dikatakan merupakan
pemegang saham dalam sebuah lagi syarikat iaitu Winbond Dental
Laboratory Sdn. Bhd.
Disebabkan Yong Chew merupakan pemegang saham dalam ketiga-tiga syarikat
terbabit, maka banyak pihak membuat andaian kesemua syarikat itu saling
mempunyai kaitan termasuk dengan syarikat yang Miss Phang turut menjadi
pemegang sahamnya.
Hubung kait antara Miss Phang itu turut didedahkan beberapa blog yang
memuat naik dokumen pendaftaran yang didakwa merupakan syarikat beliau
dan Yong Chew dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dalam pada itu, usaha Mingguan Malaysia mendapatkan latar belakang
syarikat Winbond Management & Consultant Sdn. Bhd. menerusi
www.windbond.com.my tidak berjaya selepas laman web tersebut tidak boleh
diakses.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment