Wednesday, March 16, 2016
Cakap Tak Serupa Bikin... Inilah Jadinya... Mohamed Azmin Malu Besar
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, malu besar apabila
usahanya mahu menjadi hero kepada rakyat Kelantan dengan membangkitkan
isu royalti minyak, dipatahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Shahidan Kassim, dengan cara tidak terduga oleh Menteri Besar
Selangor itu.
Ketika Mohamed Azmin ghairah memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional
(BN) dengan tuduhan mengkhianati dan menzalimi rakyat Kelantan,
Shahidan bangkit mencelah dengan menjelaskan sebenarnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang menolak untuk memberi royalti lima peratus kepada
Kelantan ketika menjadi Menteri Kewangan.
“Saya sendiri (ketika menjadi Menteri Besar Perlis) yang bentang dalam
Majlis Kewangan Negara dahulu dan Menteri Kewangan adalah Permatang
Pauh, masa itu Yang Berhormat (Mohamed Azmin) merupakan Setiausaha Sulit
Kanan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan tidak terima, Menteri Kewangan
tolak dalam Majlis Kewangan Negara.
“Dia (Anwar) bukan sahaja tolak Perlis tetapi tolak Kelantan, jadi Yang
Berhormat jangan nak jadi hero, tak baik. Kita berjuang di akhirat nanti
Yang Berhormat, di dunia ini kejap sahaja Yang Berhormat,” katanya yang
menyebabkan Mohamed Azmin kelu berkata-kata buat seketika sebelum
Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak
berasas di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, apabila Shahidan terus mengasak dan mendedahkan hakikat sebenar,
Mohamed Azmin yang ketika itu sedang membahaskan Usul Menjunjung Kasih
Titah Yang di-Pertuan Agong, sekadar mampu berkata: “Jangan hendak
bersungguh sangatlah Arau (Shahidan).”
Tidak berpuas hati kerana sesi perbahasan dan niatnya dihalang, Mohamed
Azmin seperti ‘meminta talian hayat’ kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan
Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, apabila bertanya di mana Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) lain sehingga menteri pula yang terpaksa
bangun mencelah.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu turut ‘dibasuh’ oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,
kerana cuba menidakkan sumbangan BN dalam membangunkan ekonomi Selangor,
sebaliknya hanya tahu membuat cerita mengagung-agungkan apa yang
pembangkang telah lakukan.
Tegas Mustapa, Mohamed Azmin tidak sepatutnya mendabik dada dan mendakwa
hanya Selangor sahaja menyumbang kepada kerajaan Pusat kerana semua
pembangunan yang terdapat di negeri itu adalah hasil penat lelah UMNO
dan BN, yang memerintah Selangor sebelum kuasa pemerintahan tersebut
jatuh ke tangan pembangkang.
“Selangor merupakan negeri paling banyak menyumbang, itu saya akui tapi
itu pun kerana usaha BN, kita buat Pelabuhan Klang, bukan nak ungkit,
tapi kita satu keluarga satu negara perlu memainkan peranan bertepatan
dengan realiti yang mana negeri terkaya perlu mempunyai kesanggupan
membantu negeri miskin,” kata Mustapa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment