Wednesday, March 16, 2016
Jambatan Bengkok : Lapuk Yg Berkelapuk, Macam Mahathir Juga
Dia merapu lagi, itu reaksi pertama jika kita membaca posting terbaru
Mahathir di blognya – yang masih tidak disekat kerajaan Malaysia
disebalik dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak demokratik dan
menyekat kebebasan bersuara.
Ibarat ketua jabatan yang menilai anak buahnya, Mahathir ini terlupa
bahawa Najib bukan lagi orang bawahannya, Najib adalah Perdana
Menterinya. Prestasi Najib tidak diukur oleh satu indvidu tapi proses
demokrasi mengikut perlembagaan. Pengundi yang akan menentukan untung
rugi berPerdana Menterikan Najib, bukan Mahathir atau culai-culainya
seramai 47 orang (jual nama 58 orang) yang menandatangani deklarasi
Mahathir-Kit Siang.
Begitup banyak yang disebut dalam posting terbaru itu, satu saja yang
kita minat nak ulas. Yang lain tu sama ada telah berapa kali dijawab
atau tidak relevan untuk dijawab. Contoh soal Petro Saudi ada
perjanjian minyak di Turkeministan dan sebagainya, apa kena mengena
dengan kita?
Satu yang dimaksudkan itu adalah mengenai jambatan bengkok – isu ini
sebenarnya takdak beza pun dengan semua yang ditulis Mahathir, lapuk,
berkarat dan dah dijawab, tapi sebab isu ini dah lama dan orang kita ni
mudah lupa, maka eloklah penulis segarkan semula.
Kenapa Mahathir masih main isu Jambatan Bengkok ini lagi? Ia adalah
kerana isu ini dulu antara faktor terpenting yang membawa kepada
kejatuhan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri berikutan
Mahathir berjaya menanamkan persepsi di kalangan rakyat bahawa Paklah
tidak patriotik dan tunduk kepada Singapura dengan tidak meneruskan
pembinaannya.
Sekarang nak guna modal sama pada Najib? Silap besarlah dia.
Bukan cerita baru, orang Johor (dari segala peringkat) sendiri pun tak
mahu jambatan bengkok ini, ia tidak ada nilai komersial dan manfaat
langsung kepada orang yang menggunakannya, sebab masalahnya bukan
jambatan bengkok atau lurus tapi kesesakan di Tambak Johor dan kalau
reka bentuk jambatan itu tidak mengubah kesesakan ini menjadi lebih baik
– nak bina buat apa?
2 pilihanraya umum dah sejak projek itu dibatalkan, dan BN masih
memerintah Johor, itu saja bukti rakyat Johor bersetuju jambatan itu
tidak dibuat, nak jelas dan demokratik macam mana lagi?
Tapi ini seronok dengan orang lama – dalam kes Mahathir, dia
bercakap/menulis ketika emosi sedang menguasai diri. Kalau dia rasa
formula itu pernah berjaya pada satu ketika, ia akan sentiasa berjaya
sampai bila-bila. Yang Mahathir lupa, zaman berubah, masa berubah,
keadaan dan keperluan tidak lagi sama seperti dulu.
Najib tidak berhutang jambatan bengkok dengan Mahathir, sama seperti
beliau tidak berhutang untuk menjadikan anak Mahathir sebagai Perdana
Menteri – tolonglah faham.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment