Wednesday, March 16, 2016
Saiful Bukhari Dedah Usaha Pujuknya Sertai Deklarasi Rakyat... Itu Lah PR Bodoh Tak Bertempat Suruh Letak Jawatan... DEMOKRASI KE MACAM NI?
Saiful Bukhari Azlan mendedahkan bahawa beliau dijemput menyertai
gerakan Deklarasi Rakyat tetapi menolaknya kerana ada agenda membebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh sekumpulan besar ahli gerakan itu.
Bekas pembantu Anwar itu berkata, walaupun tiada klausa di dalam
deklarasi tersebut untuk membekaskan bekas Ketua Pembangkang itu yang
sedang menjalani hukuman penjara namun 90 peratus yang menandatanganinya
berhasrat menggunakan platform itu bagi membebaskan Anwar.
Anwar dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah pada 10 Februari 2015 kerana bersalah meliwat Saiful.
Puak pembangkang khususnya partinya,PKR mendakwa kononnya Anwar adalah
tahanan politik dan menjalankan kempen membebaskannya sekalipun terbukti
di mahkamah beliau meliwat.
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa majlis tandatangan deklarasi itu bersama
para pemimpin pembangkang kata matlamat utama gerakan mereka hanya
hendak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.
Namun kebanyakan pemimpin Pakatan termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Ismail yang tidak hadir majlis deklarasi itu kata mereka tidak
ganjak dari pendirian mahu Anwar dibebaskan.
“Mereka mendesak agar agenda pembebasan Anwar berjalan seiring
“Deklarasi Rakyat”.Buktinya sangat jelas kerana ia telah diperakui
sendiri oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail,” kata Saiful merujuk laporan
beberapa portal termasuk Free Malaysia Today mengenai perkara itu.
Tambahnya, “ Justeru, sepertimana yang diperakui Dr Wan Azizah, maka saya juga simpulkan bahawa :
Sokong Deklarasi Rakyat = Sokong Bebas Anwar
Jadi wajarkah saya sokong gerakan tersebut? Gerakan yang mana majoriti ahlinya mahu Anwar dibebaskan?”.
Beliau mendedahkan perkara itu dalam catatan di akaun Facebooknya, Selasa.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Saiful.
ISTIQAMAH DENGAN KEBENARAN
Baru-baru ini, saya dihubungi oleh beberapa individu untuk berjumpa.
Atas dasar silaturahim sesama manusia, saya pun sudi untuk berjumpa.
Lagipun saya kenal mereka ini.
Semasa perjumpaan itu, mereka menyampaikan hajat dan menjemput saya
bersama-sama mereka menyertai gerakan “Deklarasi Rakyat” bagi
menjatuhkan pemimpin berkenaan.
Selepas 30 minit mereka kemukakan hujah-hujah mereka, serta beberapa tawaran, lalu saya pun beri maklum balas.
Izinkan saya berkongsi disini, apa yang saya jawab pada mereka. Bukan
apa, saya malas nak jawab berulang kali, sebab ada juga pihak lain
selepas itu menghubungi, menjemput melakukan perkara yang sama.
Sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa apa yang hendak saya kongsi ini
tiada kaitan dengan politik. Pun begitu, ia ada melibatkan kes peribadi
saya dengan Anwar Ibrahim. Justeru saya ada hak/”locus standi” untuk
berbuat demikian.
Demikian adalah jawapan saya:
Tujuan utama deklarasi ini adalah untuk menjatuhkan pemimpin tertentu.
Pada hemat saya, ini adalah isu politik, saya tidak berminat, dan saya
tidak ada hak untuk masuk campur.
Saya sedia maklum bahawa tiada klausa dalam deklarasi tersebut
terkandung agenda membebaskan Anwar. Penaung deklarasi ini juga dengan
tegasnya menyatakan bahawa deklarasi ini tidak ada kena mengena dengan
“Bebas Anwar”.
Namun, kita juga sedia maklum bahawa rata-rata 90% daripada mereka yang
menandatangani dan menyokong deklarasi, berhasrat mengunakan ia sebagai
platfom untuk membebaskan Anwar.
Mereka mendesak agar agenda pembebasan Anwar berjalan seiring “Deklarasi Rakyat”.
Buktinya sangat jelas kerana ia telah diperakui sendiri oleh Dr Wan
Azizahhttp://www.freemalaysiatoday.com/…/setuju-atau-tidak-bebas…/
90% adalah peratusan yang amat tinggi, pada hemat saya mana mungkin
kumpulan 10% ini dapat mengatasi kumpulan 90% melainkan mereka ini amat
luar biasa kuasanya. Jika dibuat undian, sudah pasti kalah.
Justeru, sepertimana yang diperakui Dr Wan Azizah, maka saya juga simpulkan bahawa :
Sokong Deklarasi Rakyat= Sokong Bebas Anwar
Jadi wajarkah saya sokong gerakan tersebut? Gerakan yang mana majoriti ahlinya mahu Anwar dibebaskan?
Jika saya sokong, maka secara tidak langsung saya akan dilabel sebagai
pembohong, melakukan penipuan di Mahkamah dan lebih besar lagi iaitu
melanggar sumpah laknat saya yang telah saya lafazkan di Masjid Wilayah
dan Masjidil Haram. Justeru, tidak sesekali saya akan berbuat demikian.
Akhir kata, buat mereka-mereka yang bakal tanya saya lagi, diharap penjelasan saya ini JELAS.
Semoga Allah terus beri kekuatan dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.
Akan Terus Istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment