Wednesday, March 16, 2016
Kepala Hasutan.... Pakatan Harapan Anjur Dua Himpunan Protes Najib, GST.. Inikah Dipanggil DEMOKRASI???
KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan dua himpunan dalam
usaha blok pembangkang itu menggembleng tenaga rakyat bagi menjayakan
misi menyelamatkan Malaysia.
Ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 7 Mac lalu bagi mengetengahkan tiga tuntutan pakatan tersebut.
Pengerusi jawatankuasa penganjur, Mohamad Sabu berkata, PH akan terlebih
dahulu menganjurkan Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 23 Mac.
Himpunan berkenaan turut menjemput peneraju kempen Selamatkan Malaysia
yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia yang diselaraskan oleh Rafizi
Ramli, Setiausaha Agung PKR telah memanjangkan jemputan kepada Tun
Mahathir dan Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk turut
serta di dalam himpunan berkenaan, sekretariat masih menunggu pengesahan
kehadiran mereka," kata Mat Sabu ketika sidang media di Pejabat Ketua
Pembangkang, di Parlimen hari ini.
Menyusul kemudian adalah himpunan berkaitan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST), yang akan dianjurkan pada 2 April depan, dijangka
diadakan di Dataran Merdeka.
Himpunan yang diadakan sempena tahun kedua pelaksanaan GST itu
mengetengahkan demonstrasi 'Undur Najib, Mansuh GST' sebagai tema
utamamya.
PH menjangkakan himpunan berkenaan disertai lebih 1,000 peserta.
"Ramailah, sebab bila kita pergi Sarawak semua menjawab masalah mereka
GST dan ekonomi orang biasa terkesan dengan GST dan kejatuhan nilai mata
wang," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment