Wednesday, March 16, 2016
Kalaulah Betul Alhamdulilah.... PASMA Saran PAS Sertai BN Berbanding Wujudkan Blok Politik Baru
ALOR SETAR : PAS disaran agar menyertai Barisan Nasional (BN) daripada
bekerjasama dengan parti lain untuk membentuk blok politik ketiga bagi
menghadapi PRU14.
Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera
Malaysia (Pasma) Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ini kerana hasrat
parti Islam itu hanya akan merugikan pembangkang apabila berlaku
perpecahan sokongan dan undi.
"Setakat ini matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang berkesan hanya
perlu ada sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan Harapan (PH).
"Tapi saya tengok penubuhan blok ketiga hanya merugikan pembangkang.
Walaupun demokrasi dibenarkan tapi pembangkang yang rugi," katanya.
Ujarnya, PAS tidak perlu mewujudkan blok pembangkang baru sebaliknya
boleh memilih untuk menyertai BN ataupun PH, jika mahu menjadikan sistem
demokrasi lebih berkesan.
"Kalau kewujudan blok ketiga ini dilihat memihak kepada BN, maka lebih baik Pas sertai BN daripada merugikan pembangkang.
"Kita akan tunggu sehingga 16 Mac untuk lihat parti manakah yang akan
bersama mereka (PAS). Tetapi saya tengok tak ada parti lain yang
berpengaruh untuk bersama blok ketiga itu," katanya.
Phahrolrazi berkata, penubuhan blok ketiga pembangkang itu juga diyakini
tidak mampu memberi saingan kepada PH yang disertai PKR, DAP dan Parti
Amanah Negara (PAN).
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan
PAS akan membentuk satu kerjasama baharu dengan sebuah parti politik
untuk menghadapi PRU14.
Takiyuddin bagaimanapun berkata, pengumuman mengenai parti sekutu PAS hanya akan dibuat secara rasmi pada 16 Mac (esok).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment