Wednesday, March 16, 2016
PM Jawab Fitnah Sultan Johor Tidak Mahu Salam...
Bayangkan sampai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri
mengaku geleng kepala melihat cubaan untuk fitnah hubungan beliau dengan
Sultan Johor.
Ingat balik…sejak majlis pelancaran Forest City di Gelang Patah pada
Ahad 6 Mac lalu riuh di media sosial kisah kononya Sultan Johor bersikap
dingin terhadap beliau dan enggan bersalam dengannya.
Ada kaki fitnah juga sebar gambar Sultan Johor duduk atas pentas tidak pandang Najib.
Malah ada juga yang sebar video waktu tiba di majlis Sultan Johor nampak
macam tidak mahu salam Najib sebaliknya salam dengan orang lain.
Menyentuh hal itu semasa berucap di majlis pelancaran persatuan Kami
Anak Felda (KAF) di Menara Felda di Kuala Lumpur petang Isnin Perdana
Menteri menjelaskan keadaan ada sebaliknya.
Katanya Sultan Johor telah menanti beliau di Istana sebelum majlis itu.
“Saya minum the bersama baginda,kemudian naik kereta yang dipandu oleh Sultan Johor ( ke Forest City)
Beliau seolah bertanya adakah setelah bersalam di Istana,naik kereta sekali…(kemudian) nak salam lagi.
“ Orang akan kata (saya) gila”,”katanya.
Menurut Perdana Menteri beliau geleng kepala melihat cerita palsu itu disebar di media sosial.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment