Wednesday, March 16, 2016
Saya Boleh Saja Bubarkan DUN, Adakan Pilihan Raya - Mukhriz... Cakap Tak Serupa Bikin
SHAH ALAM : Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau boleh membubarkan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan menuntut supaya pilihan raya
diadakan ketika beliau diberi tekanan supaya meletakkan jawatan sebagai
menteri besar.
Beliau bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana negeri itu boleh jatuh ke tangan pembangkang.
Menurut Mukhriz, negeri itu sudah hampir pasti akan kembali kepada
pembangkang sekiranya pilihan raya diadakan pada masa itu kerana rakyat
Kedah tidak gembira dengan langkah untuk menyingkirkan beliau.
"Apabila saya dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa saya
kehilangan sokongan majoriti dalam DUN, sebagai menteri besar, saya
masih mempunyai tindakan lain iaitu dengan membubarkan DUN.
"Kalau saya buat, Umno akan kalah dan negeri Kedah akan kembali kepada pembangkang," katanya di Puchong pada Selasa.
Mukhriz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam
berkata, beliau sayangkan Umno dan tidak akan mengkhianati parti itu.
"Saya tidak melakukannya kerana saya masih sayangkan Umno dan Barisan
Nasional, dan tidak akan bertindak untuk mengkhianati parti walaupun
dimalukan segelintir pihak di dalam parti," katanya.
Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar awal bulan lalu dan
digantikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah, yang juga Adun Bakar Bata mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Februari lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment