Wednesday, March 16, 2016

Tun M Naik Lagi Atas Pentas Pembangkang....

PETALING JAYA : Selepas mengetuai Deklarasi Rakyat bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, Tun Dr Mahathir Mohamad kini bakal berkongsi pentas ceramah dengan pembangkang untuk meneruskan matlamatnya.

Selain Dr Mahathir, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dijadual akan menyertai pehimpunan yang dikenali sebagai 'Muafakat Selamatkan Malaysia' pada 28 Mac ini.

Penyelaras Sekretariat, Mohd Rafizi Ramli berkata, ceramah berkenaan akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Kuala Lumpur.

"Pengesahan ini diberikan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), perhimpunan yang bakal diisi dengan pidato politik, deklamasi sajak dan persembahan pentas itu akan turut dihadiri pemimpin utama pakatan pembangkang.

"Himpunan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menggesa seberapa ramai rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang reformasi," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment