Thursday, March 10, 2016
Cuaca Panas Lonjak Penggunaan Elektrik Di Semenanjung
KUALA LUMPUR : Cuaca panas luar biasa sejak beberapa hari lepas,
melonjakkan penggunaan elektrik ke paras tertinggi di Semenanjung
Malaysia, dengan paras tertinggi waktu puncak pada 17,175 megawatt (MW)
dicatakan pada Rabu, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Syarikat utiliti itu berkata gelombang haba yang disebabkan oleh
fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan
tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW.
“Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014.
“Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi yang
diunjurkan ini tidak akan memberikan impak ke atas kebolehpercayaan
bekalan tenaga,” kata TNB dalam satu kenyataan Jumaat.
Kapasiti tenaga di Semenanjung kini berjumlah 22,220 MW, dengan
11,818 MW membabitkan kapasiti TNB sendiri dan selebihnya kapasiti
daripada pengeluar tenaga bebas.
Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan
bekalan tenaga semasa waktu puncak dari 2 petang hingga 5 petang.
Ini termasuk menetapkan penyaman udara pada 23-25 darjah Celcius,
menggosok baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, memanaskan air di
luar waktu puncak dan mengurus operasi mesin atau kilang pada waktu
malam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment