Wednesday, March 16, 2016

DAP Akui Perdana Menteri Dapat Sokongan Padu Rakyat Akar Umbi

Terdapat 3 senario bagaimana nak menyingkirkan YAB DS Mohd Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan.

Menurut Ahli Parlimen Seremban (DAP), Anthony Loke Siew Foke, ketiga-tiga cara tersebut adalah;

1. Undi tidak percaya di Parlimen
2. Proses dalaman UMNO
3. PRU 14

Berhubung dengan cara pertama melalui undi tidak percaya, Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa ia adalah mustahil memandangkan pakatan haram tidak mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyingkirkan YAB Perdana Menteri selain dari SOKONGAN PADU ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap YAB Perdana Menteri.

Mengulas mengenai proses dalaman UMNO untuk menyingkirkan DS Mohd Najib pula, Anthony Loke berpendapat bahawa Presiden UMNO itu juga mendapat SOKONGAN PADU akar umbi UMNO dan ia sukar direalisasikan (untuk menggulingkan Presiden UMNO).

Pilihan terakhir yang ada adalah menanti Pilihanraya Umum ke 14. Untuk itu, satu momentum gerakan politik amat perlu dan wajar digerakkan berterusan agar kehadiran pakatan haram dirasai oleh rakyat dan isu-isu politik sentiasa segar dikitar semula.

Kenyataan Anthony Loke ini boleh dianggap satu jenaka kepada mereka yang berpendapat bahawa parti tonggak Barisan Nasional, iaitu UMNO sedang menghadapi masalah perpecahan serius.

Ia juga merupakan satu bukti bahawa Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO mendapat sokongan majoriti akar umbi.

Salam hormat dari saya,

Zamzuri Mohamed Tahir 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment