Wednesday, March 09, 2016
Deklarasi Mahathir : Tindakan Ke Atas Ahli UMNO Yang Terlibat Memang Wajar
Bekas ahli UMNO, Mahathir nampaknya
tidak berpuas hati bila kerjasamanya dengan DAP, terutama Kit Siang
diangkat sebagai contoh kemunafikan politik paling agung pernah berlaku
dalam sejarah negara, sehinggakan semua ahli UMNO yang terlibat dengan
kerjasama itu nak dikenakan tindakan dalam masa terdekat.
Sudah tentu setelah berbalas-balas
kecaman selama berpuluh tahun, salah satu panggil memanggil dengan
bahasa kesat antara satu sama lain, agak musykil bila tiba-tiba satu
hari kedua-duanya berbaik-baik konon ketepi perbezaan atas nama nak
jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, tanpa melibatkan fahaman politik
masing-masing – siapa yang bodoh saja percaya itu.
Janganlah Mahathir marahkan orang yang
mempertikaikan kerjasamanya dengan Kit Siang hari ini, mahupun tindakan
yang nak dikenakan ke atas ahli UMNO terlibat kerana siapa yang waras
akal fikirannya pun akan mengambil tindakan yang sama.
Menjadi ahli parti dan dalam masa yang
sama menyokong pihak lawan adalah adab yang tidak diterima bukan sahaja
pada zaman ini, malah dan terutamanya ketika Mahathir jadi Perdana
Menteri pun. Jika masih ingat pada era reformasi 1998, siapa juga ahli
UMNO yang dilihat bersama gerakan itu, akan disingkir, sesetengahnya
diberitahu dengan mulut sahaja untuk berhenti, atau ditahan dibawah ISA.
Jika penulis salah, namakan seorang
pemimpin UMNO ketika itu yang menyokong Anwar tapi tidak dikenakan
sebarang tindakan oleh Mahathir? Seorang pun cukup. Ingat gelaran
diktator pada Mahathir datang tanpa sebab ke?
Maka itu apa nak dipertikai tindakan
yang bakal dikenakan ke atas ahli ahli UMNO yang menandatangani
deklarasi Mahathir? Kalau dengan mengambil tindakan ke atas mereka yang
terlibat ini dianggap Mahathir sebagai tidak demokratik, yahudi (apa
kena mengena?) dan sebagainya, maka Mahathirlah yang yahudi terlebih
dahulu sebab semua peraturan ini dtetapkan pada zamannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment